Translate

14 July 2019

SYARIKAT pengeluar minuman keras di negara ini dinasihatkan tidak mengelirukan pengguna dengan produk minuman keras atau arak tanpa alkohol.




Jangan kelirukan pengguna


FOTO hiasan


Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
am@hmetro.com.my





SYARIKAT pengeluar minuman keras di negara ini dinasihatkan tidak mengelirukan pengguna khususnya umat Islam dengan produk minuman keras atau arak tanpa alkohol.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, menegaskan pengeluaran produk sedemikian adalah tidak wajar dan mengelirukan.


“Jelas sekali tindakan syarikat minuman keras mengeluarkan minuman dengan label tanpa alkohol mengelirukan kerana proses penghasilan minuman itu termasuk penyulingan air dibuat dalam kerangka menghasilkan arak (minuman beralkohol).


“Kita tahu ia syarikat arak, walaupun kata tiada alkohol tetapi menimbulkan kekeliruan dan boleh menyebabkan umat Islam menganggap benda ini boleh digunakan,” katanya selepas menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Meraikan 207 Jemaah Haji Parlimen Parit Buntar, hari ini.

Beliau menjawab mengenai penularan isu produk syarikat minuman keras yang dikatakan tanpa alkohol dan kini berada di pasaran negara termasuk rangkaian kedai serbaneka yang dilihat mengelirukan umat Islam.

Mujahid berkata, pihaknya turut menasihati pengguna Islam supaya tidak membeli atau menggunakan sebarang produk diragui status halalnya.

Terdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut memuat naik penerangan mengenai isu berkenaan bertajuk ‘Alkohol dan Arak’ di laman Facebook rasminya, semalam.

Menurut penerangan itu, minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.

Hukum itu berdasarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Mujahid memaklumkan sudah lebih 4,000 jemaah haji Malaysia tiba di Madinah dan perjalanan mereka masih lancar.

“Sehingga hari ini, tiada kematian atau sebarang kejadian tidak diingini dilaporkan,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Julai 2019 @ 2:53 PM

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED