Translate

29 July 2019

Pelakon Lelaki Syafie Naswip Ditahan Malam Sabtu Kerana Belasah Bekas Tunangnya Aishah Yang Juga Seorang Pelakon


Cekik, tumbuk dipercayai punca pertunangan Syafie Naswip dan Aishah putus
Ahad, 28 Julai 2019 10:48 PM

Oleh: NUR ASYIKIN MAYUDIN
STAR2.COM

Syafie dan Aishah mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan selepas gagal menghadapi dugaan semasa bertunang


CEKIK dan tumbuk. Itulah kononnya antara punca pertunangan pelakon Syafie Naswip dan Aishah Azman putus sehingga membawa kepada penahanan aktor itu untuk siasatan polis pada Sabtu.
Dalam kejadian pada 26 Jun lalu, Aishah, 23, dalam laporannya mendakwa Syafie datang ke rumahnya di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Serdang kira-kira pukul 9 pagi dan berlaku pertengkaran dalam kereta aktor itu.
Syafie didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Aishah sebelum bertindak kasar termasuklah mencekik leher dan menumbuk mukanya.
Ia dikatakan berpunca apabila Aishah menasihat Syafie agar meninggalkan satu sifat buruk dirinya.
Akibat insiden berkenaan, ikatan pertunangan mereka akhirnya putus pada 21 Julai lalu.
Dalam pada itu, adik kepada pelakon Afiq Muiz ini telah dirujuk ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut namun tiada kesan kecederaan kerana kejadian tersebut telah lama berlaku.
image: https://www.mstar.com.my/spotlight/sensasi/2019/07/28/~/media/a6ae07b5384741a099bb897ddcbca924.ashx?la=en

Syafie ditahan reman atas tuduhan ugutan dan mencederakan bekas tunangnya pada Sabtu dan dibebaskan dengan jaminan polis pada Ahad.
Aishah mendakwa dia lambat membuat laporan kerana ingin menyelesaikan kes mereka secara baik tetapi suspek didakwa bertindak berlebihan.
Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan ketika dihubungi mStar mengesahkan Syafie atau nama sebenarnya Mohammad Syafie Naswip, 27, ditahan pada Sabtu bagi membantu siasatan.
Pelakon itu kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis pada Ahad selepas diambil keterangan.
Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 kanun yang sama kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja dan melakukan ugutan.
Sementara itu Aishah ketika dihubungi mStar enggan mengulas mengenai dakwaan berkenaan.
image: https://www.mstar.com.my/spotlight/sensasi/2019/07/28/~/media/41c463eed36d41d8b049fc1d16e4d9d8.ashx?la=en

Aishah enggan mengulas mengenai dakwaan dia membuat laporan polis terhadap Syafie.
Pada Selasa lalu, Syafie mendedahkan ikatan pertunangannya dengan Aishah terlerai dengan alasan dia tidak mampu melalui dugaan dalam tempoh pertunangan.
Pasangan itu mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Forest Valley Hall, Cheras pada 7 April lalu.
Spekulasi keretakan hubungan Syafie dan Aishah mula diperkatakan apabila mereka memadam foto bersama, selain sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing.
Biarpun belum menetapkan tarikh perkahwinan, namun mereka pernah meluahkan hasrat untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri pada akhir tahun ini.
Syafie dan Aishah mengenali satu sama lain sejak 2015 dan mula menjalinkan hubungan cinta sejak setahun lalu.

Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/spotlight/sensasi/2019/07/28/syafie-naswip/#ILBEM3sEWI8EzR7K.99







Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my


HARIAN METRO

PELAKON lelaki ditahan malam tadi, selepas membelasah bekas tunangnya berikutan berang apabila wanita itu memintanya memutuskan hubungan songsang dengan kenalannya, 26 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, pelakon lelaki berusia 27 tahun itu dikatakan datang ke rumah bekas tunangnya berusia 23 tahun di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Serdang, kira-kira 9 pagi hari kejadian.


“Bekas tunangnya yang juga pelakon mendakwa dipaksa masuk ke dalam kereta sebelum suspek terus memaki wanita berkenaan menggunakan kata-kata kesat.


“Difahamkan pergaduhan itu berpunca daripada tindakan wanita berkenaan yang meminta suspek untuk tidak meneruskan hubungan songsang pelakon dengan kenalannya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ismadi berkata, suspek yang bengang dengan permintaan wanita itu kemudian bertindak mencekik leher, menumbuk muka, mencengkam mata serta menumbuk mulut mangsa sehingga berdarah.

“Wanita terbabit ada mengambil gambar, namun dipadam oleh suspek secara senyap selain diugut oleh suspek berkenaan.

“Mangsa dirujuk ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut, namun tiada kesan kecederaan kerana kejadian itu sudah lama berlaku,” katanya.

Beliau berkata, suspek ditahan selepas datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk diambil keterangan, malam tadi.

“Hasil soal siasat dilakukan, suspek mengaku memukul mangsa. Bagaimanapun, suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil.

“Siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja dan melakukan ugutan,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Julai 2019 @ 9:42 PM








Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED