Translate

30 July 2019

Najib tak hadir pertabalan di sebalik kekeliruan tempat duduk


Najib tak hadir pertabalan di sebalik kekeliruan tempat duduk
FMT Reporters
-July 30, 2019 4:51 PM

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di istiadat pertabalan Agong ke-16 di Istana Negara hari ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang pegawai Najib Razak mengesahkan beliau tidak menghadiri istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara hari ini, selepas tular dakwaan mengatakan tempat duduknya diubah dari barisan tetamu kehormat ke barisan belakang.

Seorang pengguna Facebook, Abdul Rahim Hilmi Zakariya hari ini mendakwa pihak protokol Istana pada awalnya menetapkan Najib, selaku bekas perdana menteri, duduk di tempat duduk ke-10 barisan depan bersama Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di tempat duduk ke-6.

Beliau seterusnya mendakwa tempat Najib diubah ke barisan belakang, sebagai Orang Besar Pahang.

“Cubaan mengubah kedudukan orang kenamaan ketika program istiadat pertabalan hanya kerana si A tak mahu tengok muka si B menunjukkan rasa tidak hormat dan sombong,” katanya.




“Pakaian Orang Besar Pahang dan pakaian bekas perdana menteri mana sama. Setiap jawatan ada protokolnya,” tambahnya.

Seorang pegawai Najib ketika dihubungi FMT mengesahkan tempat duduk Najib diubah, dan bekas perdana menteri itu tidak menghadiri majlis itu.

“Najib tidak hadir selepas mengetahui perkara itu,” katanya yang sudah berada di istana ketika itu. “Tunggu maklum balas daripada Najib.”

Sementara itu, seorang pegawai Pejabat Perdana Menteri menepis catatan FB itu sebagai “tidak sahih”.

Beliau menjelaskan PMO tidak terlibat dalam susunan tempat duduk di majlis itu.

“Semua bahagian istiadat dan protokol,” katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED