Translate

30 July 2019

Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki merogol anak kandungnya berusia 13 tahun





Polis buru bapa disyaki rogol anak 13 tahun
Bernama
-July 30, 2019 3:05 PM


KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki merogol anak kandungnya berusia 13 tahun di Kajang.

Ketua Polis Kajang, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata lelaki berumur 40 tahun itu didakwa merogol anak perempuannya sejak 6 tahun lalu.

Beliau berkata mangsa mendakwa dirogol 3 kali seminggu dan diugut supaya mendiamkan diri jika tidak mahu ibunya dicederakan.

“Mangsa yang tidak tahan dengan sikap suspek telah mendapatkan bantuan daripada guru dan membuat laporan pada Khamis lepas.

“Hasil pemeriksaan perubatan mendapati terdapat kesan koyakan dan melecet pada bahagian kemaluan mangsa dan mangsa kini dimasukkan ke hospital bagi rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dzaffir berkata kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu supaya menghubungi pegawai penyiasat di talian 019-2299906 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Makati city viewed 'A 17-year-old boy has been arrested over ​the hit-' 9 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 20 mins ago
A visitor from Olongapo city viewed 'A 17-year-old boy has been arrested over ​the hit-' 35 mins ago
A visitor from Nizhniy novgorod viewed 'SOP Rentas Negeri Dalam Peringkat Akhir Sebelum Di' 44 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Skim Penipuan BMI Seorang Lagi Individu Bergelar T' 1 hr 58 mins ago
A visitor from Durham viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 2 hrs 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tirai besi tidak halang impian bergelar doktor fal' 2 hrs 29 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis serbu 10 pusat hiburan, tahan 38 individu | ' 3 hrs 37 mins ago