Translate

14 July 2019

KANAK-kanak perempuan menjadi mangsa serangan seksual lelaki di sebuah kedai serbaneka dekat Bandar Country Homes




Lelaki miang diburu [METROTV]

MyMetro


Khairul Najib Asarulah Khan
khairul.najib@nstp.com.my





KANAK-kanak perempuan menjadi mangsa serangan seksual lelaki di sebuah kedai serbaneka dekat Bandar Country Homes, Rawang Rabu lalu.

Dalam kejadian 6.19 petang itu, mangsa berusia sembilan tahun ke premis terbabit bersama ibu dan adiknya.

Difahamkan, mangsa pergi ke rak bahagian belakang sebelum dihampiri lelaki itu dan melakukan serangan seksual.

Kejadian itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan.



Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, pihaknya menerima laporan pada 8 malam Jumaat lalu.

Katanya, suspek melakukan gangguan seksual dengan menggesel punggung mangsa.

“Suspek kemudian terus melarikan diri. Kami sedang berusaha mengesannya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Rakaman CCTV menunjukkan lelaki melakukan serangan seksual kepada kanak-kanak perempuan.


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Julai 2019 @ 12:11 PM

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED