0
“Kaya Tidak Menjamin Adab Dan Kebijaksanaan”
Oleh RTKY Staff
6 Nov 2018, 12:11PM
Baru-baru ini, dilanda ribut akaun Instagram Aliff Syukri dan juga Fazley Yaakobgara-gara apa yang diperkatakan oleh usahawan kosmetik itu. Tidak dinafikan, pendapat yang disuarakan oleh Fazley adalah suara-suara netizen yang turut merasakan perkara yang sama.
“Maaf.. its too much jika sekadar untuk marketing. Banyak lagi cara untuk menjual jenama, bukan menggunakan perkataan berbaur racist terhadap warna kulit seseorang, melabelkan wajah seseorang sebagai kurang sempurna, apatah lagi meletakkan foundation dengan tangan untuk ‘mencantikkan’ seseorang di sebuah program yang begitu ramai pengikutnya”
“Memalukan juga buat penonton yang turut sama ketawa lucu melihatnya. Haih.. apa nak jadi orang-orang kita ya? Selaku seorang yang berpengaruh, mohon fikir semula bahawa ramai anak-anak yang menonton, ramai mak ayah yang menonton, ramai manusia yang akan ingat sampai bila-bila”
“Marketing harus bijak.. bukan jumud dan melulu! Kaya tak menjamin adab, kaya juga tak menjamin kebijaksanaan. Seeloknya permohonan maaf harus di usahakan, sebelum bara menjadi api besar yang terus menelan maruah dan membakar punca rezeki ‘downliners’ yang turut terkena tempiasnya!,” luah Fazley di Instagram dan juga Twitter.
Namun di ruangan komen Fazley, ada juga peminat setia Aliff mempertahakankan idola mereka dan menyatakan bahawa apa yang dilakukan oleh Fazley hanyalah mengundang dosa. Wow.
Dalam perkembangan terkini, Aliff kini berada di Thailand demi menenangkan diri mungkin. Hebat Gegar Vaganza musim ini kerana tidak henti-henti menjadi buah mulut warga laman sosial. (rtky/s)
“Kurang Ajar Aliff Syukri Panggil Wanita Itu Hodoh”
Oleh Rotikaya Staff
5 Nov 2018, 12:11PM
Siapa yang menonton Gegar Vaganza hujung minggu lalu pastinya perasan akan slot selingan penaja yang menunjukkan Aliff Syukri mempromosikan produk beliau selama dua minit.
Tindakan Aliff Syukri yang mahu mencari ‘ugly woman’ atau wanita hodoh di kalangan hadirin ke program itu dilihat sebagai kurang ajar kerana tidak beradab dan tidak menjaga perasaan wanita tersebut.
Dalam video di atas boleh dilihat yang Aliff Syukri berkata beliau melakukan perkara itu untuk mencari rezeki halal selain seakan berjanji untuk memberikan wang kepada wanita yang terpilih itu.
Tindakan beliau mengundang banyak komen negatif di internet termasuklah selebriti Imran Ajmain yang mengatakan ianya tidak perlu dan biadap walaupun slot itu dirancang terlebih awal oleh pihak penganjur.
“Saya sangat malu dan terkesan dengan tindakan Datuk Aliff Syukri membuat statement tentang warna kulit “anak” Santesh & juga mencari “ugly women” dalam audience utk mencuba produknya. Tak kisahlah staged gimmick. That was unnecessary, racist, chauvinist & so wrong on many levels,” tulis Imran Ajmain.
Nampaknya Aliff Syukri tidak habis habis mencari publsiti murahan untuk melariskan produk jualan beliau dan kami tertanya tanya apakah bezanya beliau dengan penaja sebelum ini? (rtky/m)