Translate
29 November 2018
Penerangan Menteri Dalam Negeri mengenai insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Seafield, USJ, Selangor kepada Dewan Rakyat.
MUHYIDDIN Yassin. - NSTP/Mohd Yusni Ariffin
Penerangan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Dewan Rakyat
BERITA HARIAN
Penerangan Menteri Dalam Negeri mengenai insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Seafield, USJ, Selangor kepada Dewan Rakyat.
Tuan Yang Di-Pertua,
Saya ingin memberi penerangan kepada Dewan Yang Mulia ini tentang satu isu penting yang menarik perhatian rakyat pada masa ini, iaitu insiden pergaduhan dan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Siefield, Subang Jaya, Selangor pada 26 dan 27 November 2018.Terlebih dahulu saya ingin menjelaskan kronologi insiden ini.
Kronologi insiden
Pada 26 November 2018 sekitar jam 2.40 pagi, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya telah menerima panggilan daripada orang awam mengenai insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield. Sejurus selepas menerima laporan, Ketua Polis Daerah Subang Jaya telah mengarahkan semua unit yang berada di lapangan menuju ke tempat kejadian.
Pada jam 2.50 pagi, 4 buah MPV polis tiba di tempat kejadian tetapi telah dihalang masuk oleh sekumpulan lelaki India. Cermin belakang sebuah MPV telah dipecahkan di samping terdapat sebuah lori treler tangki diletak melintang menghalang jalan menghala ke kuil.
Pada jam 3.30 pagi, Ketua Polis Daerah Subang Jaya telah menghubungi pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan Ibupejabat Polis Daerah Serdang untuk mendapatkan bantuan tambahan anggota. Bantuan IPD Serdang dengan kekuatan seorang pegawai dan 99 anggota tiba di tempat kejadian pada jam 4.00 pagi.
Pada ketika itu telah berlaku pergaduhan di dalam kuil di antara kumpulan penganut agama Hindu dan kumpulan lelaki Melayu yang menceroboh kawasan kuil. Setelah tercetus pergaduhan, sebahagian daripada kumpulan lelaki Melayu ini telah melarikan diri dari kawasan kuil.
Sejurus selepas itu, kumpulan penganut agama Hindu telah bertindak membakar beberapa buah kenderaan yang dipercayai milik kumpulan lelaki yang mencereboh kawasan kuil. Pasukan bomba telah menerima panggilan bantuan kebakaran pada jam 4.38 pagi dan tiba di tempat kejadian 25 minit kemudian untuk mengawal kebakaran.
Pasukan FRU pula telah tiba di tempat kejadian pada jam 5.30 pagi dengan kekuatan 2 orang pegawai dan 201 orang anggota. Menjelang pagi 26 November 2018, keadaan di sekitar kuil telah berjaya dikawal oleh anggota polis dan keadaan kembali tenang.
Ekoran daripada kejadian pergaduhan ini, 3 orang lelaki Melayu dan 3 orang lelaki India telah tercedera. Seorang anggota polis turut mengalami kecederaan.
Keesokannya, iaitu pada awal pagi 27 November 2018, dianggarkan sejumlah 10,000 orang kaum India berkumpul di kawasan sekitar kuil. Selain merusuh beberapa buah kenderaan turut dibakar oleh kumpulan ini.
Anggota bomba yang berada berhampiran kawasan kuil cuba untuk memadam kebakaran ekoran rusuhan terhadap kenderaan milik bomba. Dalam kejadian tersebut, seorang anggota bomba Mohammad Adip bin Kassim telah dicederakan oleh sekumpulan individu yang tidak dikenali. Beliau mengalami kecederaan serius dan telah dibawa ke Subang Jaya Medical Centre (SJMC) oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan.
Kumpulan perusuh ini juga bergerak ke pejabat One City Development Sdn Bhd. Mereka bertindak memecahkan dinding cermin bangunan, merosakkan peralatan di dalam bilik pameran dan membakar beberapa buah kenderaan.
Siasatan kes
Ekoran insiden ini, pihak polis telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengawal keadaan. Memandangkan insiden ini mempunyai unsur jenayah, siasatan telah dimulakan serta-merta untuk mengenalpasti pelaku-pelaku jenayah dan membawa mereka ke muka pengadilan.
Oleh kerana siasatan kes ini agak rumit dan memerlukan tenaga kerja yang ramai, saya ingin memaklumkan Dewan Yang Mulia ini bahawa sebuah pasukan petugas khas (task force) untuk siasatan telah ditubuhkan. Pasukan ini yang diketuai oleh Yang Dihormati Dato’ Sri Wan Ahmad Najmuddin bin Mohd, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, menggabungkan personel daripada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Kontinjen Selangor, dan beberapa daerah di Kontinjen Selangor. Operasi ini dikenali sebagai ‘Ops Seafield’.
Sehingga kini sebanyak 34 orang telah dirakamkan percakapan. Sejumlah besar keterangan fizikal juga telah berjaya dirampas di tempat kejadian iaitu:
(i) 21 buah kereta dan 6 buah motosikal yang dibakar;
(ii) 1 bilah pisau dan 2 bilah parang; dan
(iii) 7 pasang kasut, dan 3 vest;
Pihak polis juga telah menangkap 30 individu yang terdiri daripada 24 orang Melayu, 2 orang India Muslim, 3 orang India dan seorang Cina. Semua mereka telah direman dengan tempoh reman yang berlainan, sementara 5 orang individu yang baru ditangkap semalam direman pada hari ini.
Siasatan polis menjurus kepada isu perpindahan kuil yang menjadi punca rusuhan. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, pihak pemaju telah pun mendapat perintah mahkamah untuk mengambil alih pemilikan tanah sejak tahun 2014. Terdapat beberapa kali percubaan oleh pihak pemaju untuk mengambilalih tanah tersebut tetapi gagal kerana terdapat bantahan daripada kumpulan penganut agama Hindu.
Siasatan polis mendapati pada hari kejadian, sekumpulan lelaki Melayu yang menceroboh masuk ke dalam kawasan kuil bertindak atas arahan beberapa individu yang bekerja dengan One City Development Sdn. Bhd. Kumpulan ini telah menerima bayaran tertentu untuk tugas mengosongkan kawasan kuil bagi membolehkan kerja-kerja pengambilalihan dilaksanakan pada pagi tersebut.
Siasatan polis juga mendapati sejumlah RM150,000 telah dibayar kepada individu tertentu untuk melaksanakan kerja pengosongan kuil. Kumpulan lelaki Melayu berjumlah 50 orang yang menceroboh kuil pada malam kejadian didapati menerima bayaran antara RM150 dan RM300 seorang.
Pihak polis telah mengenalpasti beberapa individu yang memainkan peranan dalam kejadian ini dan mereka akan dipanggil untuk menjalani proses siasatan selanjutnya. Motif kejadian ini telah pun dikenalpasti dan kertas siasatan masih dalam proses untuk dilengkapkan sepenuhnya.
Siasatan ke atas kes pegawai bomba yang diserang pada malam 27 November 2018 juga telah dibuka di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu atas kesalahan cubaan membunuh. Beberapa rakaman video telah diperolehi dan sedang dianalisa bagi mengenalpasti individu-individu yang terlibat dalam kejadian tersebut. Pihak polis juga telah mengenalpasti anggota-anggota bomba yang berada di tempat kejadian untuk dirakamkan percakapan mereka.
Selain itu, beberapa kertas siasatan lain telah dibuka. Antara kesalahan-kesalahan yang sedang disiasat ialah:
(i) Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api;
(ii) Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu melakukan rusuhan bersenjata;
(iii) Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan cedera dengan menggunakan senjata;
(iv) Seksyen 447 Kanun Keseksaan iaitu pencerobohan kawasan;
(v) Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 iaitu memiliki senjata berbahaya;
(vi) Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan khianat; dan
(vii) Seksyen 124G Kanun Keseksaan iaitu membuat kenyataan yang boleh menimbulkan apa-apa perlanggaran keamanan.
Pihak polis sedang menjalankan siasatan secara profesional dengan menggunakan kaedah siasatan forensik dan saintifik sepenuhnya. Untuk tujuan ini, satu pasukan khas dari Makmal Forensik Bukit Aman telah ditempatkan di Kontinjen Selangor bagi membantu siasatan.
Pihak polis juga amat mengalu-alukan kerjasama daripada orang ramai untuk terus menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan. Siasatan juga dibuat ke atas berita-berita viral bagi membantu siasatan kes di samping membuat pengesahan ke atas fakta yang dikemukakan.
Insiden jenayah, bukan perkauman
Tuan Yang Di-Pertua,
Saya ingin memaklumkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat bahawa insiden pergaduhan dan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Siefield, tiada kaitan langsung dengan isu perkauman. Ia adalah satu kejadian jenayah yang berpunca daripada pertikaian di antara syarikat pemaju One City Development Sdn Bhd dan Jawatankuasa Kuil berhubung status pemilikan tanah tapak kuil.
Agak malang kerana tindakan pihak tertentu yang mengupah sekumpulan lelaki Melayu untuk menceroboh dan mengosongkan kuil pada malam kejadian telah menimbulkan kemarahan penganut agama Hindu. Kerana angkara tindakan tidak bertanggungjawab dan menyalahi undang-undang inilah wujudnya keresahan dan prasangka dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara kita. Di samping itu, kenyataan-kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu juga telah mengeruhkan keadaan.
Saya menyeru semua pihak supaya berfikir dan bertindak secara rasional dalam menangani isu ini. Rakyat Malaysia telah mengecapi kehidupan yang aman dan harmoni sejak sekian lama. Janganlah kerana insiden jenayah yang terpencil ini kita sanggup merosakkan perpaduan dan keharmonian rakyat berbilang kaum dan agama. Janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Bagi pihak Kementerian Dalam Negeri, saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang sengaja mengganggu-gugat keamanan dan ketenteraman awam, terutamanya dengan mengapi-apikan sentimen perkauman. Tindakan tegas berlandaskan undang-undang akan diambil oleh pihak berkuasa demi mempertahankan perpaduan kaum, keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.
Terima kasih, Tuan Yang Di-Pertua.
Popular Posts - Last 7 days
-
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku Astro Awani 26/11/2024 Deanesh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ya...
-
Woman hit by car at pedestrian crossing while chasing young boy dashing across road image: http://www.thestar.com.my/~/medi...
-
DHL cargo plane crashes in residential area 25/11/2024 Initial reports indicated that there were four people on board the ill-fated plane ...
-
Malaysia to become leading hub for green investments, drive sustainable growth Astro Awani 20/11/2024 Minister of Housing and Local Governme...
-
Malaysian man to be publicly caned at mosque for Islamic crime of close proximity Reuters 21/11/2024 A sharia court judge in the northeaster...
Popular Posts - Last 30 days
-
CNN CBS AP BBC US PRESIDENTIAL ELECTIONS LIVE RESULTS: https://edition.cnn.com/election/2024/results/president?elec...
-
Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi BNM Bernama 04/11/2024 Hari ini, BNM akan menawarkan dua tender repo berbalik m...
-
Ringgit advances as domestic optimism offsets US rate concerns Bernama 18/11/2024 Bank Muamalat Malaysia Bhd chief economist Dr Mohd Afzani...
-
Sugar overload: A growing threat to kidney function Bernama 16/11/2024 Approximately 3.8 mln Malaysians suffer from chronic kidney disease, ...
-
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku Astro Awani 26/11/2024 Deanesh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ya...
-
Lyia Meta, the first Malaysian singer nominated in the Grammy Awards Astro Awani 11/11/2024 Lyia Meta continues to strengthen her position...
-
TikTok gives assurance to cooperate with MCMC, BNM to address cyberbullying, scams Bernama 14/11/2024 PM Datuk Seri Anwar Ibrahim meeting w...
-
The King of Spain was mocked, pelted with mud and eggs by flood victims Agency 04/11/2024 07:15 MYT King Felipe VI (with an umbrella) is pr...
Blog Archive
-
▼
2018
(4100)
-
▼
Nov 2018
(304)
- MATA Warns Government, Closing entertainment outle...
- Anggota Bomba, Muhammad Adib yang parah dalam rusu...
- An Indonesian company claims it was cheated by a M...
- Documents classified as "official secrets" will be...
- Terengganu's appoints first ever assemblywoman
- Malaysia PM Tun Dr Mahathir Mohamad says he is una...
- Penerangan Menteri Dalam Negeri mengenai insiden d...
- Entertainment outlets in Kuala Lumpur will have to...
- The High Court rejected a bid to block the relocat...
- A Florida Man Spent his First Hang-Gliding Ride Da...
- The Fire and Rescue Department Makes Police Report...
- Babysitter’s Husband Jailed 20 Years and 12 Stroke...
- Fire Services DG insists none of his personnel wer...
- Seafield Temple Task Force Have Videos Claiming t...
- The lawyers to the developer involved in the Seafi...
- Prof Dr Jomo Kwame Sundaram was named the National...
- Tun Siti Hasmah's Request To Hold Pakistan PM Imra...
- Two ex-ministers are set to be hauled to court in ...
- Detik Cemas Yang Dilalui Anggota Bomba Di Seafield...
- Tony Pua Bangun Hentam Najib ''Najib Mimpi Dalam D...
- Terdiam Najib 'Disekolahkan' Lim Guan Eng ''Sindro...
- Finance Minister Lim Guan Eng Whacks Ahmad Maslan ...
- IGP Comments On Seafield Temple Issue.- Easy For Y...
- Police Sweep Up To Arrest Protesting Youths Who Ig...
- Police have uncovered a ruse to defraud insurance ...
- A Malaysian parody of the song Bohemian Rhapsody b...
- 147-year-old Sri Maha Mariamman Devasthanam temple...
- The Syrian man who had been living in KLIA2 for ab...
- Genting Sues Walt Disney Co and Twenty-First Centu...
- The attack at One City Mall and fireman condemned
- Ex Minister who holds a senior party position in U...
- A 15-year-old girl died after her head was reporte...
- Tak sampai 24 jam, kekecohan tercetus lagi di kuil...
- Justice Datuk P. Nallini becomes the first Malaysi...
- Seafield Temple Clash NOT Racial, The side wanting...
- 9 men, including four police personnel, were arres...
- Tan Sri Shukry removed as the Bank Rakyat board ch...
- Deputy IGP has promised that a thorough investigat...
- Former mentri besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir...
- News on Malaysia Richest MP's and Poorest MPs grab...
- Riots Break Out This Morning over the relocation o...
- Shoppers at Suria KLCC were shocked when they saw ...
- Former PM Najib's office ordered changes to 1MDB a...
- Kuala Lumpur City Hall's (DBKL) proposal to shorte...
- Illegal factory here churning out fake LV Gucci - ...
- POLIS EVO 2 - Tayangan Perdana [HD]
- An air steward from Malaysia has been jailed a yea...
- The government will expand the healthcare coverage...
- Putrajaya is preparing to file a civil suit agains...
- Video of The Man Who Was Shot Dead By Police after...
- Former Kuala Lumpur Drainage and Irrigation Depart...
- Police today detained a Bangladeshi man suspected ...
- Driver of the pick-up truck that ploughed into cus...
- Ngeh tops the charts as the Pakatan Harapan member...
- The Malaysian Government will not ratify the Inter...
- The “New Malaysia” under the Pakatan Harapan (PH) ...
- Kuala Lumpur International Motor Show 2018 feature...
- Polis akan memanggil Presiden Jaringan Melayu Mala...
- Najib Now Blames Goldman Sachs For failing to Safe...
- All but two (Malaysia and Brunei) of the 57 member...
- Wawancara Sinar Harian dengan Datuk Seri Najib Raz...
- Malaysia’s First Lady asks Prime Minister Imran Kh...
- Electronic cigarettes (vape) and shisha containing...
- Restaurant and Stalls that set up tables on the ro...
- AG announces appointment of Vinayak Pradhan as the...
- The Dewan Rakyat has approved Pakatan Rakyat’s (PH...
- Pakistan Prime Minister Imran Khan expressed admir...
- KL has been ranked the sixth best city in the worl...
- Malaysia rolled out the red carpet for Pakistan’s ...
- 46 per cent of Malaysian consumers felt insecure a...
- Edi Rejang Who Lashed Out At A Beeer Promoter at G...
- 5 robbers were shot dead after a gunfight with pol...
- Ini Berlaku Selepas Nyanyian Dato Aliff Diberhenti...
- Chinese signboards were a Selangor state governmen...
- Winner of Cleo magazine's Most Eligible Bachelor o...
- A beer promoter stood her ground while being recor...
- MACC are relooking into the controversial purchase...
- The driver of a pick-up truck believed to be invol...
- 42-year-old secondary school teacher turned himsel...
- MPS seize dog and three cats from various apartmen...
- Nabil tuntut Vida bayar hutang projek luar puluhan...
- After Anwar’s scolding,Minister Bian Baru explains...
- Minister Waytha Moorthy forced to cut short speech...
- Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng membuat laporan ...
- Aliff Syukri throws a tantrum for not being able t...
- Noryn Aziz dinobatkan Juara Gegar Vaganza pada kon...
- Tun Dr Mahathir Mohamad says it will be impossible...
- Imej seksi Zizi Kirana yang baru sahaja muncul den...
- Najib At MACC Hq since 9.22am - regarding Sarawak ...
- A SIA flight bound for Paris was over Malaysia whe...
- Telekom Malaysia shares down after acting CEO resi...
- The Apec summit reportedly ended in an impasse as ...
- Tun Dr Mahathir Praises Papua New Guinea's hosting...
- Pick-up truck rams into diners at Taman Equine haw...
- Macau Grand Prix Brought To A Standstill with Terr...
- 3 distinct strata office spaces worth a combined R...
- Fasha Sandha akhirnya bertunang dengan Aidil Aziz ...
- GV Live+ Akhir | Konsert Gegar Vaganza 5 | 18 ...
- PKR Electiona 2018 Official Results - Anwar is off...
- Ucapan President PKR Anwar Ibrahim di Kongres Nasi...
-
▼
Nov 2018
(304)