Translate

30 November 2018

Anggota Bomba, Muhammad Adib yang parah dalam rusuhan di Seafield Kuil Selasa lalu mula sedar




Alhamdulillah, Adib mula sedar...

MyMetro





Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@nstp.com.my





KEADAAN anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Selasa lalu mula sedar dan faham arahan yang diberikan.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara (IJN) Datuk Seri Dr Azhari Yakub berkata, keadaan Muhammad Adib masih dikategorikan sebagai kritikal namun stabil.

“Pagi tadi dia mula sedar dan faham arahan yang diberikan. Itu adalah tanda positif yang menunjukkan otak berfungsi.


“Bagi kecederaan organ, Muhammad Adib masih menggunakan mesin Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO) yang membantu fungsi paru-paru,” katanya pada sidang media di IJN, Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Datuk Mohammad Hamdan Wahid dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mohamed Farid Md Rafik.

Dr Azhari berkata, pemeriksaan tekanan darah masih rendah bermaksud buah pinggang beliau rosak dan memerlukan rawatan dialisis.

“Kami menjangkakan beliau memerlukan penggunaan mesin ECMO kira-kira beberapa hari lagi.

“Kita harap masyarakat terus berdoa supaya keadaan Muhammad Adib terus bertambah baik,” katanya.

Terdahulu Kementerian Kesihatan dan Institut Jantung Negara (IJN) masih dalam proses untuk menyediakan laporan perubatan Muhammad Adib.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dilaporkan berkata, pihaknya yakin ia dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

Katanya, laporan itu penting bagi mengenal pasti tahap dan punca kecederaan dialami mangsa.

Dalam kejadian pada awal pagi Selasa lalu, Muhammad Adib anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'Trump, Joined By Kid Rock, Signs Executive Order T' 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KKM Serah Draf Pindaan Akta 342 Kepada Pejabat Peg' 13 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'DBKL Besar Sangat Ke Kesalahan Abang Belon? | BEST' 18 mins ago
A visitor from Florida viewed 'President Donald Trump Gives His First Interview w' 20 mins ago
A visitor from Quezon city viewed 'Tertipu dengan tawaran kerja yang tidak wujud, pen' 20 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Pelakon Mira Filzah dipilih sebagai model di penta' 29 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'April 2017' 45 mins ago
A visitor from Florida viewed 'A band of robbers picked the wrong man to mess wit' 51 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Malaysian Prime Minister Tun Dr Mahathir Arrives i' 1 hr 5 mins ago
A visitor from California viewed 'Johor executive councillor Datuk Abdul Latif Bandi' 1 hr 19 mins ago