Translate

10 November 2018

Farid Kamil mendedahkan diaa pernah ditawarkan RM5 juta oleh pihak tertentu untuk Maafkan Najib dan Rosmah???


Farid Kamil Dakwa Pernah Ditawar RM5 Juta Untuk Maafkan Najib Razak, Isteri
Oleh Rotikaya Staff
9 Nov 2018, 08:11PM


Dalam sebuah temuramah bersama stesen televisyen tempatan, Farid Kamilmendedahkan yang beliau pernah ditawarkan wang tunai berjumlah RM5 juta oleh pihak tertentu.

Farid Kamil mendakwa wang tunai itu ditawarkan kepada beliau untuk memaafkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.



BACA: Farid Kamil Gagal Gugurkan Lima Tuduhan Jenayah


Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat ketika mengesahkan yang pihak polis akan memanggil Farid Kamil berhubung laporan polis dibuat terhadapnya berkenaan dakwaan cubaan dirasuah RM5 juta.

Laporan polis tersebut dibuat di Balai Polis Kota Damansara pukul 6 petang semalam, oleh seorang lelaki berusia 43 tahun yang mewakili Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam.




Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana kesalahan fitnah. (rtky/m)

ROTIKAYA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED