Translate

28 July 2016

"Ala kesiannya, nak saya belanja makan, nanti saya hantar KFC," Sultan Johor belanja Pelajar Pelajar KFC

"Malam Karang Saya Belanja KFC Untuk Awak Semua Makan," Reaksi Spontan Sultan Johor Jumpa Pelajar Tepi Pantai


Alangkah gembiranya pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkar Pulai, Johor Bahru, apabila mereka terjumpa kelibat orang yang paling disayangi di negeri berkenaan iaitu Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Mereka yang bersiar-siar di tepi pantai tidak menyangka akan berjumpa dengan Baginda Sultan di mana pelajar-pelajar berkenaan mengikuti aktiviti kem motivasi di Kem Pusat Kecemerlangan Pembangunan Islam Yayasan Pelajaran Johor di Sekakap, Mersing yang tidak jauh dari Istana Sri Mersing milik Sultan Ibrahim.

Mereka yang melihat Baginda yang memandu Land Rover berwarna oren telah melambai-lambai tangan dan mendekati Tuanku.

"Makan sedap tak semua," tanya Tuanku Sultan kepada mereka.

"Belum makan lagi, lapar," jawab pelajar-pelajar berkenaan.

"Ala kesiannya, nak saya belanja makan, nanti saya hantar KFC," bagitahu baginda membuatkan pelajar-pelajar berkenaan melonjak gembira.

Kelihatan ada pelajar yang mencium tangan Baginda sebagai tanda terima kasih dan hormat kepada pemimpin nombor satu Johor berkenaan.




Ternyata sifat baginda yang begitu merendah diri sebagai seorang pemimpin mendapat pujian ramai rakyat termasuk bukan dari kalangan rakyat negeri Johor. - Siakapkeli.my
S

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Subang jaya viewed 'Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir tahniah ' 13 mins ago
A visitor from Bourgogne viewed 'BEST FBKL' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 2 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 4 hrs 13 mins ago
A visitor from Oslo viewed '61,317 notis kesalahan sepanjang Ops Khas Hari Ray' 4 hrs 29 mins ago
A visitor from Florida viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 5 hrs 28 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 5 hrs 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 6 hrs 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 6 hrs 25 mins ago
A visitor from George town viewed 'Malaysian Police Launch Manhun For Followers of Tu' 6 hrs 34 mins ago