Translate

29 December 2015

Polis memburu lelaki yang memandu melawan arus di lebuhraya menyebabkan sebuah MPV Toyota Estima terbabas

\]\


Shah Alam: Polis memburu lelaki yang memandu melawan arus di Persiaran Setia Alam berdekatan Plaza Tol Setia Alam, Shah Alam, Khamis lalu.

Dalam kejadian 3.30 petang itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima terbabas di bahu jalan kerana mengelak kereta itu.

Pegawai Turus Trafik Selangor Deputi Superintendan Azmi Mansor berkata, pemandu terbabit sudah dikenal pasti dan usaha memburunya sedang giat dijalankan.


"Polis sudah buka kertas siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan. Keterangan daripada pemandu MPV juga sudah diambil selepas dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, selepas kejadian.

"Pemandu dan dua penumpang MPV itu tidak cedera," katanya.

Rakaman kereta dipandu melawan arus itu dirakam pengguna jalan raya sebelum tersebar di laman sosial dan mendapat reaksi negatif orang ramai.

Artikel ini disiarkan pada :
Sabtu, 26 Disember 2015 @ 9:29 PM




Kereta yang melawan arus (dalam bulatan) dan Estima yang terbabas kerana mengelak kereta itu. FOTO ihsan pembaca

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/102606?m=1#sthash.ONuTwYVH.dpuf

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Bengkulu viewed 'Garis Panduan Majlis Akad Nikah - JAWI | BEST FBKL' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Seremban viewed 'Tiga kementerian pacu projek jambatan baharu Malay' 1 hr 36 mins ago
A visitor from New york viewed 'Bekas Panglima Angkatan Tentera dilantik Pengerusi' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Bekas Panglima Angkatan Tentera dilantik Pengerusi' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Ashburn viewed '52 Terselamat Nahas Empat Kenderaan | BEST FBKL' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Bekas Panglima Angkatan Tentera dilantik Pengerusi' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 2 hrs 38 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'KDN selesai lebih separuh daripada 12,101 permohon' 2 hrs 38 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'KDN selesai lebih separuh daripada 12,101 permohon' 2 hrs 39 mins ago
A visitor from San jose viewed 'MPP nasihat semua ahli terima keputusan Pemilihan ' 2 hrs 39 mins ago