Translate

16 November 2015

Satu demonstrasi mencegah aktiviti ragut bertukar tragedi apabila 2 anggota polis dilanggar dan dipukul oleh seorang lelak yang tidak tahu pasal demonstrasi

2 Polis Dilanggar, Dibelasah Ketika Lakon Watak Peragut Dalam Demonstrasi


GEORGE TOWN - Satu demonstrasi mencegah aktiviti ragut pada 12 Nov lalu bertukar tragedi apabila dua orang anggota polis yang melakonkan demonstrasi itu dilanggar dan dipukul oleh seorang lelaki yang tidak menyedari aksi itu hanya sekadar demonstrasi.

Dalam demonstrasi tersebut, Koperal Zulkifli Mohamad, 34, dan L/Koperal Mohd Zaidi Nayan, 26 melakonkan watak meragut beg tangan seorang wanita sebelum melarikan diri menggunakan sebuah motosikal.

Seorang pemandu kereta yang kebetulan terlihat "jenayah" itu kemudian mengejar kedua-dua "peragut" tersebut dan melanggar mereka sehingga terjatuh dari motosikal. Lebih teruk, lelaki itu juga memukul kedua-dua pegawai itu sebagai usaha untuk menghalang mereka dari melarikan diri.

Setelah diberitahu tentang apa sebenarnya yang terjadi, lelaki itu kemudian meminta maaf.

Saya tidak tahu ia hanya demonstrasi dan saya fikir ia adalah benar. Saya bertindak sebagai satu tanggungjawab", kata lelaki tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah George Town, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, pemandu itu telah memohon maaf dan dibebaskan.

Kedua-dua anggota polis yang mengalami bengkak pada bahagian kaki dan tangan telah diarahkan untuk berehat. - Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED