Translate

11 November 2015

Pelakon Zul Ariffin menyifatkan gambar dia memegang tangan aktres Zahirah MacWilso sudah menjelaskan segala-galanya

Putus Dengan Gayatri, Zul Ariffin Kini Bercinta Dengan Zahirah MacWilson

Diterbitkan: Isnin, 9 November 2015 2:31 PM
MSTAR
Zul dan Zahirah pada majlis ASK2015.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pelakon Zul Ariffin menyifatkan gambar dia memegang tangan aktres Zahirah MacWilson, 20, yang disebarkan di laman sosial  sudah menjelaskan secara tidak langsung mengenai status perhubungan mereka.

Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 29, berkata, dia tidak perlu menjelaskan secara lisan kerana menganggap masyarakat kini lebih bijak memahami menerusi gambar berkenaan.

"Saya tak perlu beritahu status perhubungan kami kerana menerusi gambar yang disebarkan itu sudah menjelaskan segalan-galanya.

"Buat masa ini kami rapat, tetapi tiada apa yang dapat dikongsikan lagi," katanya.
Gambar Zul berpegangan dengan Zahirah yang menjadi viral di Internet.

Zul ditemui pada majlis Anugerah Skrin 2015 (ASK2015) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam Ahad.
Baru-baru ini, foto Zul berpegangan tangan dengan Zahirah di sebuah restoran menjadi viral di laman sosial sehinggakan netizen mempersoalkan status perhubungan sebenar mereka. Sebelum ini, beberapa gambar mesra kedua-dua pelakon itu juga turut menjadi bualan dan tanda tanya peminat mereka.

Gayatri Su-Lin Pillai
Sementara itu, Zul berkata, dia tidak kisah dengan gambar yang diambil berkenaan dan menyifatkan ia sebagai adalah perkara normal bagi seorang selebriti yang dikenali.

"Saya tak marah dengan orang yang mengambil gambar kami. Itu perkara biasa sebagai selebriti. Gambar dengan emak sendiri pernah jadi isu, apatah lagi dengan wanita lain.
"Saya terima kontroversi yang menjadi viral itu dengan hati yang terbuka," ujarnya.
Mengulas mengenai hubungannya dengan Gayatri Su-Lin Pillai, 39, kata Zul, ia sudah menjadi kenangan lama yang tidak perlu diceritakan lagi.

"Sebenarnya, kami sudah buat hal masing-masing, dah move on. Sudah lama kami tiada hubungan, cuma kami tidak dedahkan saja," tuturnya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED