Translate

23 October 2015

:“Saya tak salah dalam hal itu, sebaliknya menjadi mangsa keadaan. Namun mereka menyerang saya seperti samseng. Mangsa Yang Dibelasah DI Kelantan.

Saya Takut Nak Keluar Rumah, Mereka Pukul Saya Macam Samseng - Mangsa





Kota Bharu:“Saya tak salah dalam hal itu, sebaliknya menjadi mangsa keadaan. Namun mereka menyerang saya seperti samseng.

“Disebabkan kejadian itu saya takut untuk keluar rumah dan trauma hingga kini,” itulah kata-kata yang keluar daripada mulut seorang gadis yang dipukul dengan kejam oleh dua orang gadis lain yang menjadi viral di laman sosial beberapa hari lalu.

Memetik laporan Harian Metro, mangsa dikenali sebagai Nila, 22, memberitahu dia bukan sahaja dibelasah dengan teruk, tetapi turut dimalukan dengan rakaman video.

Semua ini terjdi gara-gara salah faham serta didakwa menjalin hubungan sulit dengan teman lelaki pelaku serta suami orang.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Wakaf Mek Zainab pada15 Oktober lalu menyebabkan tiga wanita berusia 20-an ditahan polis sehingga semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Menurut mangsa lagi, dia tidak terdaya melawan kerana kesorangan selain dikelilingi rakan-rakan wanita terbabit.

Walaupun teruk dibelasah, ibu anak satu itu bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan teruk, sebaliknya menerima rawatan pesakit luar di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini.

“Kes dalam perhatian pihak berkuasa dan saya tidak mahu mengulas lanjut. Saya menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat dan bersyukur mereka ditahan.

“Saya berharap mendapat pembelaan sewajarnya kerana yakin tidak bersalah dalam hal ini. Semua yang terjadi akibat rasa tidak puas hati dan salah faham,” katanya.
Beliau juga turut memberitahu, sebelum itu pada 13 Oktober dia telah pun dipukul oleh wanita berkenaan kerana tidak berpuas hati tetapi tidak ada yang merakam semasa kejadian.

“Kerana masih tidak puas hati, dia mencari saya lagi ketika saya ke Wakaf Mek Zainab untuk ke rumah rakan. Ketika itu saya menunggu di dalam kereta dan secara tiba-tiba diheret keluar.

“Mereka pukul saya dengan teruk dan merakam kejadian yang berlaku jam 7 pagi. Saya tak tahu apa yang dia dendam sangat kerana tidak mempunyai hubungan dengan teman lelakinya seperti didakwa.

“Saya juga tidak tahu-menahu mengenai barang kemas yang didakwanya dalam milikan saya. Dia sebenarnya mencari seorang rakan saya di Kuala Terengganu kerana masalah antara mereka,” katanya, lapor Harian Metro. - Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Gatchina viewed 'HURU-HARA DI SHELL LUNDANG DIPERCAYAI AKIBAT MAIN ' 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Aksi Wanita ‘Rembat’ Bungkusan Dirakam CCTV | BEST' 45 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Indonesia gagalkan cubaan seludup migran ke Malays' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 50 mins ago
A visitor from Muscat viewed 'PERONDA LEBUHRAYA KONGSI DETIK IBU GAJAH CUBA SELA' 2 hrs 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PDRM bekerjasama Interpol atur rakam percakapan an' 2 hrs 35 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Khidmat Nurul Izzah sebagai 'panglima perang' PKR ' 2 hrs 46 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'JKDM Selangor patahkan empat cubaan seludup termas' 3 hrs 13 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kegembiraan lapan sekawan bertukar tragedi, satu l' 3 hrs 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pertembungan Nurul Izzah, Rafizi persaingan sihat ' 3 hrs 15 mins ago