Translate

24 May 2015

Timbalan Ketua UMNO Segambut berkata adalah tidak adil untuk menuduh dirinya Individu Yang Rakam Ucapan Muhyiddin

Timbalan Ketua UMNO Segambut, Individu Yang Rakam Ucapan Muhyiddin?

Muhyiddin Keris

Kuala Lumpur – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Segambut, Kapten (Bersara) Datuk Azri Haji Mohd Zain berkata adalah tidak adil untuk menuduh dirinya sebagai individu yang bertanggungjawab merakam dan menyebarkan ucapan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dianggap kontroversi.

Beliau ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi berkata ketika Muhyiddin menyampaikan ucapan tersebut ada ramai orang lain yang turut hadir selain dirinya.

“Ketika program tersebut ada ramai orang yang hadir dan siapa sahaja boleh dikaitkan sebagai orang yang merakam, itu sahaja.

“Betul saya turut hadir, tapi saya hadir sebagai urusetia dalam program tersebut dan di masa yang sama ada hampir 400 orang lain (turut hadir) kerana ramai” ujarnya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Azri ketika ditanya mengenai rakaman tersebut walau bagaimanapun enggan menafikan ataupun mengesahkan mengenai dakwaan tersebut walaupun ditanya mengenainya beulang kali.

Namun menurutnya selaku urusetia program, pihaknya telah memberikan taklimat kepada semua peserta agar tidak membuat sebarang rakaman gambar ataupun video sepanjang program tersebut diadakan.

“Saya hadir sebagai urusetia dan kami telah beri taklimat kepada semua peserta tapi arahan tersebut hanya untuk peserta.

“Pihak urusetia ada mengambil gambar dan rakaman video untuk simpanan (rujukan) pihak kita tapi kalau nak tuduh saya seorang sahaja (yang merakamkan ucapan tersebut) tak betul lah” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut, Azri mengharapkan agar siasatan berhubung kontroversi itu dapat dijalankan oleh pihak urusetia program dan bukan sebaliknya.

“Ramai yang hadir pada hari tu, jadi (dakwaan) tersebut boleh ditujukan kepada sesiapa sahaja tak betul lah kalau nak tuduh saya seorang yang merakamkan ucapan tersebut.

“Terserah pada urusetia sama ada ingin menjalankan siasatan atau sebaliknya. Program tersebut dikendalikan oleh Keris (jadi) biarlah urusetia yang siasat” ujarnya lagi.

SuaraTV sebelum ini melaporkan Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sedang menyiasat dalang disebalik penyebaran rakaman tersebut.

Menurut Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh perbuatan tersebut tidak sepatutnya berlaku.

Menurut Ab Rauf pihaknya turut kesal atas penyebaran rakaman tersebut kerana modul latihan yang dikenali sebagai KERIS 2314 itu sepatutnya menjadi senjata Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan kembali majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Terdahulu Muhyiddin dalam satu video yang dimuat naik di Youtube menggesa agar semua ahli lembaga pengarah dan pihak pengurusan1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipecat bagi menyelesaikan isu tersebut seterusnya mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

Muhyiddin ketika berucap di program yang diadakan di Janda Baik pada Sabtu lalu berkata, pihak polis seharusnya menyiasat syarikat yang dilaporkan menanggung hutang puluhan billion ringgit.

Menurut Muhyiddin lagi, sekiranya Datuk Seri Najib, yang juga pengerusi lembaga penasihat 1MDB, tidak bertindak dengan segera berkenaan isu ini, tidak mustahil UMNO dan BN akan kalah dalam piliharan raya umum akan datang.

suaratv

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ohio viewed 'Man sentenced to 6 years jail for MOVIDA bombing a' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Florida viewed 'A rubbish collector was crushed to death in a frea' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'National basketball player Mohd Shadzwan has becom' 1 hr 31 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 3 hrs 34 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 4 hrs 11 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 4 hrs 41 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 4 hrs 53 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 4 hrs 55 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 4 hrs 59 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 5 hrs 8 mins ago