Translate

16 May 2014

Erin Malek Bertemu Kekasih Baru Melalui Instagram

Erin Malek bahagia bersama kekasih baru

14 Mei – Pelakon muda dan berbakat, Erin Malek mengakui dia kini sudah pun bertemu cinta barunya dan mempunyai kekasih hati yang hanya ingin dikenali sebagai 'F'.
Pemilik nama sebenar Nur Arina Abdul Malek ini memberitahu bahawa dirinya tidak menyangka bertemu jejaka tersebut menerusi laman sosial Instagram.
"Saya tidak sengaja telah melihat profilnya di laman sosial itu dan dari situ kami mula berkenalan.
"Pada mulanya hasrat untuk berjumpa sering tertangguh kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya dan akhirnya telah bertemu dan segalanya bermula pada saat itu," jelasnya kepada sebuah portal hiburan tempatan.
Walaupun jejaka tersebut berusia lebih 10 tahun darinya, Erin tetap berfikiran positif dan selesa berkawan rapat dengan 'F' kerana sifatnya yang matang, romantik dan penyayang.
Mengakui dirinya sudah bersedia untuk bergelar isteri, namun belum membuat sebarang keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat dan berserah kepada ketentuan Ilahi.
Dalam perkembangan lain, Erin telah muncul juara bersama pasangannya Redha dalam pertandingan "Fear Factor Malaysia" musim kedua serta bakal muncul dengan musim terbaru drama bersiri "Misiku Kuza" bersama Arja Lee dan Hairul Azreen tidak lama lagi.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED