Translate

24 December 2013

Pelakon Aaron Aziz Bersyukur Isterinya Diyana Halik Kini Bertudung

Aaron Aziz Bersyukur Isterinya Kini Bertudungents

..
Pelakon Aaron Aziz menzahirkan rasa syukur apabila isterinya Diyana Halik, 30, akhirnya membuat keputusan untuk berhijab selepas pulang daripada bercuti di Hong Kong pada Ahad lalu.
Memetik kenyataan di mStar online, Aaron berkata, dia ada meminta isterinya untuk bertudung selepas menunaikan umrah dua tahun lalu, namun tidak memaksa wanita itu untuk berbuat demikian.
"Saya bersyukur akhirnya dia ambil keputusan untuk bertudung dengan ikhlas tanpa sebarang paksaan.
"Sebelum ini ada juga meminta dia berhijab iaitu selepas pulang menunaikan umrah dua tahun lalu, namun saya tidak mahu terlalu memaksa dan biar dia melakukannya dengan kerelaan hatinya sendiri," katanya.
Sementara itu, Diyana berkata, tindakan mengenakan selendang di kepala ketika berada di pesawat dalam perjalanan pulang dari percutian di Hong Kong menjadi titik mula hatinya terbuka untuk terus bertudung.
Tambahnya lagi, Aaron kerap kali menghantar video-video dan bercerita tentang hari kiamat menguatkan lagi hatinya untuk berhijrah.
"Sejak kebelakangan ini, Aaron banyak bercerita tentang petanda kiamat dan perkara itu menguatkan hati saya untuk bertudung", ujarnya yang sekaligus menyatakan sebelum ini dia sudah niat untuk berubah, cuma hatinya masih belum benar-benar bersedia.

sumber : mStar online

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'List of The Yang Di-Pertuan Agong's | BEST FBKL' 20 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Local Telegram Group "V2K" spreading women's photo' 33 mins ago
A visitor from Perm viewed 'A woman, who was filmed making out with a man in t' 33 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Penduduk terjejas dak' 41 mins ago
A visitor from Dallas viewed 'PM Anwar tiba di Tawau untuk rasmi penutupan PMR 2' 1 hr ago
A visitor from Sachsen viewed 'Perdana Menteri dijadual rasmi majlis penutupan PM' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Warga Emas Dilanggar Di Restoran Makanan Segera Me' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'PM Anwar tiba di Tawau untuk rasmi penutupan PMR 2' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 40 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Di mana Jho Low? Hanya 25 in' 2 hrs 56 mins ago