Translate

24 December 2013

Johan Asaari Cari Masa Yang Sesuai Menemukan Lana Nordin Dengan Ibunya [VIDEO]

Johan Masih Cari Masa Pertemukan Lana Dengan Ibunya

Sejak tersebarnya pengakuan dia bercinta dengan pelakon seksi lagi kontroversi Lana Nordin, ramai juga tahu mengenai ibu Johan yang dikenali sebagai Datin Firdaus dikatakan tidak merestui hubungan cinta anak terunanya itu dengan aktres yang mendapat jolokan 'Pamela Anderson Malaysia' itu.

Alang-alang bertemu Johan semalam, MD sempat bertanya bagaimana perkembangan sama ada sudahkah dia memperkenalkan Lana secara rasmi kepada ibunya?
"Saya serah pada takdir. Kalau kami ada jodoh, ada lah. Kalau tak ada, tak ada lah. Siapa kita nak melawan takdir. InsyaAllah, saya percaya satu hari nanti semuanya akan okay. Lana pun sedang dalam proses memperbaiki dirinya.
"Ibu saya sekarang berada di Melaka dan dia pun sibuk. Jadi kami sedang cari masa sesuai...", kata Johan As'ari yang kemudian tidak meneruskan kata-kata sebaliknya dia hanya sekadar tersenyum.
Dalam pada itu, tatkala diminta mengulas tentang kenyataan Shila Amzah yang menegaskan dia tidak mahu mempunyai hubungan persahabatan dengan Johan walaupun aktor itu akan tetap terus menganggap Shila sebagai teman baiknya, kata Johan,
"Nilai kasih sayang datang tanpa diundang dan ia tak perlu dibuktikan kerana ianya subjektif.
"Saya akan tetap sayangkan dia dan anggap dia kawab baik saya. Kalau dia ada masalah, dia boleh hubungi saya bila-bila masa. Tapi yang saya tahu, sampai sekarang dia sangat rapat dengan ibu saya", tuturnya yang bakal muncul filem Tokan yang akan ditayangkan di pawagam mulai 26 Disember ini

 mD
Malaysian Digest



TO ENJOY 15% DISCOUNT SIMPLY REGISTER NEW EMAIL & MAKE YOUR PURCHASE NOW

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 31 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 1 hr 50 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 1 hr 52 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 2 hrs 29 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 2 hrs 39 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 48 mins ago