Translate

23 December 2013

2000 IKLAN AH LONG DITANGGALKAN DI SEKITAR SHAH ALAM

HAMPIR 2,000 IKLAN AH LONG DITANGGALKAN

Shah Alam, 23 Dis - Hampir 2,000 iklan pinjaman wang haram atau 'Ah Long' ditanggalkan di sini sepanjang tahun ini menerusi Op Cantas Ah Long yang berakhir hari ini. 




Operasi terakhir Op Cantas Ah Long, yang dijalankan melalui kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu bagi menanggalkan iklan-iklan sindiket dijalankan di sekitar Seksyen 25 di sini. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata hasil pemeriksaan mendapati kebanyakan sindiket tersebut beroperasi di luar daerah itu dan hanya iklan saja dinaikkan di kawasan Shah Alam.

"Masyarakat dinasihatkan jangan pinjam dengan lintah darat ini kerana ia hanya membawa keburukan pada masa depan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri operasi terakhir itu.




Beliau berkata setiap nombor telefon pada iklan itu juga dihantar kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk disekat taliannya agar tiada pihak dapat menghubungi mereka.

Pegawai Penguatkuasa MBSA, Hairul Hanif Abdul Taib berkata sepanjang operasi tersebut tahun ini, seramai 15 lelaki yang berumur antara 17 tahun dan 23 tahun ditahan pihaknya ketika sedang menaikkan iklan-iklan tersebut. 



Mereka, katanya, dikenakan tindakan kompaun kerana melakukan vandalisme. Sasaran sindiket itu untuk menaikkan iklan mereka ialah tiang-tiang elektrik di tempat tumpuan awam, papan tanda jalan raya, kotak-kotak fius Tenaga Nasional, katanya. - BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 35 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 1 hr 56 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 2 hrs ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 2 hrs 9 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 2 hrs 33 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 2 hrs 42 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 52 mins ago