Translate

04 November 2013

Nannies at Day Care Centre In Taman Melati Caught On Video Abusing the Children [VIDEO]

KUALA LUMPUR, Nov 3 (Bernama) — The Social Welfare Department (JKM) has been instructed to investigate the allegation that a child was abused at a nursery in Taman Melati here as reported in the media last Friday.
Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Rohani Abdul Karim said initial check found that the nursery was not registered.
“Immediate investigation will be done and due action will be taken,” she said in a statement here today.
Rohani said the ministry viewed seriously the safety, health, wellbeing and overall development of children in all child nurseries under the purview of JKM.
As at last month, a total of 2,910 nurseries were registered with the department.
- BERNAMA



Bapa Rakam Video Bayi Kena Dera Di Pusat Asuhan

Seorang ibu mendakwa rakaman kanak-kanak yang didera pengasuh TASKA di Taman Melati, Kuala Lumpur yang disiarkan menerusi Buletin Utama TV3, malam kelmarin adalah anaknya berdasarkan rambut kerinting.

Wanita yang dikenali sebagai Munirah, 34, berkata selain pendedahan rakaman berkenaan, anak perempuannya berusia dua tahun setengah itu pernah dikesan ada benjolan di kepala.

Berikutan itu, Munirah membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju kerana mengesyaki anaknya mangsa penderaan pengasuh di pusat jagaan berkenaan.

Katanya, premis itu menempatkan lebih 20 kanak-kanak, termasuk kurang upaya yang dikendalikan seorang pemilik dan dua pengasuh warga tempatan.

“Anak bongsu daripada enam beradik itu dihantar sejak berusia lima bulan dan mula berubah sikap apabila menangis setiap kali hampir kawasan TASKA,” katanya. 

Sementara itu, seorang bapa meletakkan kamera tersembunyi dalam beg sekolah milik anak lelakinya berkata, tindakan itu dibuat selepas mengesyaki ada kejadian penderaan berlaku di pusat jagaan itu.

“Saya meletakkan kamera bentuk pen berharga RM48 di beg sekolah anak pada 17 Oktober lalu.

“Bagaimanapun keadaan beg terbalik menyebabkan kejadian tidak dapat dirakam dan hanya dengar suara seperti marah, pukul dan tangisan kanak-kanak.

“Pada 18 Oktober saya berjaya merakam insiden seorang pengasuh memukul seorang kanak-kanak rambut kerinting dengan tuala sehingga tersembam ke lantai, manakala kanak-kanak turut dipukul dan tampar menggunakan tangan,” katanya.

Rakaman selama setengah jam itu dimuat naik ke Youtube dan Facebook kelmarin mendapat perhatian dua ibu kepada kanak-kanak di TASKA berkenaan, yang kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED