Translate

11 November 2013

Mizz Nina - The New Her After Returning From Haj

Apa Yang Lepas, Biarlah Lepas - Mizz Nina

Mizz Nina bersama suaminya Noh (Hujan) di Shout! Awards yang berlangsung pada Sabtu lalu. Kredit foto Faisol Mustafa.Mizz Nina bersama suaminya Noh (Hujan) di Shout! Awards yang berlangsung pada Sabtu lalu. Kredit foto Faisol Mustafa.
Sebelum ini Ratu Hip Hop, Mizz Nina memang sinonim dengan penampilannya yang ranggi dan moden serta aksi lincahnya di pentas. Namun kira-kira sebulan lalu, isteri kepada vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh ini tampil dengan imej berhijab. Penghijaran itu dilakukan sekembalinya dia dan Noh dari mengerjakan haji di tanah Mekah.
 "Alhamdulillah selepas pulang dari menunaikan haji, kehidupan saya berjalan seperti biasa dan tiada banyak perubahan. Saya bertambah gembira dan bahagia. Peluang dapat mengerjakan haji dengan suami adalah ibarat seperti satu pengalaman temujanji paling indah dalam hidup saya.
"Saya juga boleh katakan yang saya adalah Mizz Nina yang baru. Tapi imej berhijab tak menyekat saya untuk teruskan karier nyanyian cuma hala tuju saya dah berubah. Lagu-lagu yang saya nyanyikan akan lebih matang dan dari segi persembahan saya juga berbeza dan sesuai dengan imej saya sekarang.
"Dalam masa terdekat ni saya akan membuat persembahan pentas. Saya akan buat bila saya dah betul-betul bersedia. Dan saya rasa kalau sebelum ni saya pernah berkolaborasi dengan beberapa artis luarnegara, saya rasa mungkin tidak ada lagi projek seperti itu" tutur Mizz Nina berkongsi perkembangan dirinya ketika ditemui pada malam Shout! Awards di Stadium Putra Bukit Jalil, Sabtu lalu.
Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.
Pada anugerah tersebut, Mizz Nina mengekalkan kemenangannya buat kali kedua dalam kategori Flava Awards menerusi lagu Around The World feat. Jay Park.
Dalam pada itu Mizz Nina berkata keputusannya berhijab mendapat sokongan penuh daripada suami, keluarga juga rakan-rakannya. Malah anda beberapa rakan artis yang sudah berhijab sikit sebanyak turut mempengaruhinya diri.
"Saya masih perlahan-lahan menyesuaikan diri dengan imej sekarang. Pada saya yang lepas tu biar lah lepas. Andai kata kalau gambar atau muzik video saya yang dahulu di keluarkan atau dimainkan semula, saya tidak kisah. Kerana semua itu bukan atas kawalan saya. Pada apa yang berlalu biarlah ia berlalu", katanya ketika diminta mengulas seandainya gambar-gambar mahupun video muziknya yang mempelihatkan dia seorang yang agresif dan daring sebelum ini tersiar semula.
Perkembangan lain, Mizz Nina sedang merancang untuk melancarkan jenama fesyen muslimahnya yang diberi nama 'Madeena'.
Selain itu, dia bakal muncul dalam program berjudul Cici & Caca, sebuah program yang mengambil konsp ala program Inggeris kanak-kanak, High-5, bermula Disember depan.







Malaysia Digest

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED