Translate

05 November 2015

Seorang pemandu ditemui rentung manakala kereta yang dinaikinya hangus terbakar











SEBERANG PERAI - Seorang pemandu ditemui rentung manakala kereta yang dinaikinya hangus terbakar di Lorong Perusahaan 10, Kawasan Perusahaan Bebas Perai di sini awal pagi tadi.

Mangsa, Ong Chee Kheng, 41, dipercayai mati dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 pagi.

Jurucakap bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Perai berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 12.42 pagi dan tiba di lokasi pada 12.50 pagi.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian didapati benar berlaku kejadian kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Proton Waja yang didapati musnah terbakar hampir keseluruhan 100 peratus dan terdapat seorang mangsa di dalam kenderaan tersebut.

"Siasatan awal mendapati kereta itu dipercayai tidak terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kerja-kerja memadamkan api dijalankan dengan menggunakan satu aliran pam jentera sehingga api padam sepenuhnya kira-kira pukul 1.02 pagi," katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurutnya, tindakan selanjutnya diserahkan kepada pegawai penyiasatan kebakaran dan pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya dan siasatan lanjut berhubung motif kejadian sedang dijalankan. - K! ONLINE

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED