Translate

18 March 2025

Ops Khas Pagar Laut 2024, rampasan hampir RM9 juta - APMM Kelantan



Ops Khas Pagar Laut 2024, rampasan hampir RM9 juta - APMM Kelantan

Bernama

17/03/2025


Erwan Shah pada sidang media di Ibu Pejabat Maritim Negeri Kelantan, Tok Bali hari ini. - Gambar Bernama


PASIR PUTEH: Operasi Khas Pagar Laut 2024 merekodkan rampasan bernilai kira-kira RM9 juta melibatkan 121 kes pelbagai kegiatan jenayah rentas sempadan, sekali gus membuktikan keberkesanan penguatkuasaan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam mengekang ancaman maritim di perairan negara.

Pengarah Maritim Kelantan Kapten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata sepanjang tahun lepas, APMM berjaya menahan lima bot nelayan yang melakukan pelbagai kesalahan termasuk tiga bot nelayan asing dan dua bot nelayan tempatan.

"Antara kesalahan yang sering dikesan ialah tiada permit kerja dan pasport bagi kru kapal. Walaupun dalam bulan Ramadan dan Syawal, operasi di laut tidak akan dihentikan.

"Kami ingin memberi peringatan kepada pihak yang berniat melanggar undang-undang bahawa APMM sentiasa bersiap siaga," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Khas Pagar Laut 2025 peringkat Kelantan di sini hari ini.

Erwan Shah berkata operasi tahun ini diperketat dengan pengaktifan semula operasi khas tersebut khususnya di Kelantan bagi memastikan keselamatan perairan sepanjang musim perayaan.

Beliau berkata operasi itu merupakan langkah strategik bagi meningkatkan kawalan keselamatan di perairan negara.

"Aset-aset penguatkuasaan akan terus dikerahkan di perairan negara termasuk kapal dan bot yang bertugas sepanjang masa," katanya.

Menurut Erwan Shah terdapat kemungkinan peningkatan aktiviti penyeludupan melalui laut susulan kawalan ketat di sempadan darat dan sungai.

"Oleh itu, operasi kali ini memberi tumpuan khusus kepada laluan maritim yang berpotensi menjadi pintu masuk bagi aktiviti penyeludupan," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed '2 Beranak Cedera Kereta Dihempap Pokok Tumbang | B' 31 secs ago
A visitor from Oslo viewed 'First day of Lady Gaga concert ticket presales see' 2 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'PM kecam perbuatan tampar bukan Muslim | BEST FBKL' 10 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lelaki tampar ketika Ramadan diberi DNAA, kes diru' 24 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Lelaki tampar ketika Ramadan diberi DNAA, kes diru' 26 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Syed Saddiq Yakin Institusi Kehakiman Jalan Terbai' 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 54 mins ago
A visitor from Batu pahat viewed 'Lelaki tampar ketika Ramadan diberi DNAA, kes diru' 1 hr ago
A visitor from Shah alam viewed 'Suami Cekup Isteri, Kekasih Di Hotel Bajet | BEST ' 1 hr 6 mins ago