Translate

18 March 2025

Ops Khas HRA 2025: JPJ pantau lebih 15 'hotspot' di Kelantan



Ops Khas HRA 2025: JPJ pantau lebih 15 'hotspot' di Kelantan

Bernama

18/03/2025


Mohd Misuari (tiga dari kanan) ketika menghadiri Sesi Libat Urus dan Gimik Pelancaran Operasi HRA 2025 Peringkat Negeri Kelantan di Stesen Penguatkuasa JPJ Bukit Jawa, pada Isnin. - Gambar Bernama


PASIR PUTEH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memantau lebih daripada 15 kawasan 'hotspot' di seluruh Kelantan menerusi Op Hari Raya (Op HRA) 2025 yang akan bermula pada 24 Mac hingga 8 April ini.

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, operasi itu turut melibatkan beberapa jalan utama Persekutuan yang sering berlaku kemalangan seperti di Gua Musang, Kuala Krai, Pasir Puteh, Machang dan Jeli.

"Kita jangkakan lebih dua juta kenderaan akan memasuki Kelantan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti dan anggota kita akan membuat rondaan bagi memastikan aliran trafik berjalan lancar dengan kerjasama daripada agensi keselamatan lain termasuk polis.

"Kita juga telah mula menguatkuasakan penggunaan lampu amaran 'amber light' bermula hari ini hingga 8 April depan di beberapa lokasi di seluruh Kelantan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika Sesi Libat Urus dan Gimik Pelancaran Operasi HRA 2025 Peringkat Negeri Kelantan di Stesen Penguatkuasa JPJ Bukit Jawa, di sini, pada Isnin, yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Datuk Jazmanie Shafawi.

Sementara itu, Jazmanie berkata, teknik penyamaran akan terus dilakukan sepanjang Op HRA 2025 bagi mengurangkan kesalahan jalan raya membabitkan pengangkutan awam.

"Saya harap semua pemandu sentiasa komited mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan jalan raya berada pada tahap optimum terutama ketika musim perayaan Aidilfitri," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Putrajaya viewed 'K'jaan kenakan p' 12 mins ago
A visitor from Melbourne viewed 'First day of Lady Gaga concert ticket presales see' 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Driver Honda Tunjuk Samseng | BEST FBKL' 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Penerangan PM Anwar Ibrahim mengenai Aktiviti Petr' 40 mins ago
A visitor from Bangkok viewed 'Bella wanita luar biasa - Syed Saddiq | BEST FBKL' 58 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'A band of robbers picked the wrong man to mess wit' 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '“ Saya Hanya Minta Kebenaran”- Syed Saddiq | BEST ' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Selangor umum BKK tambahan setengah bulan gaji unt' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Bella wanita luar biasa - Syed Saddiq | BEST FBKL' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kabinet setuju meterai perjanjian pencarian MH370 ' 1 hr 12 mins ago