Translate

18 March 2025

Keputusan pemilihan CEC DAP tidak ada kaitan kedudukan dalam Kabinet - Loke



Keputusan pemilihan CEC DAP tidak ada kaitan kedudukan dalam Kabinet - Loke

Bernama

18/03/2025


Anthony Loke berkata, semua anggota Kabinet sedia ada dalam parti itu kekal, selain tiada rombakan yang akan dicadangkan parti susulan pemilihan CEC. - Gambar Bernama


SEREMBAN: Keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pada Ahad hanya melibatkan urusan dalaman parti dan tidak membabitkan kedudukan pemimpin parti itu dalam Kabinet Kerajaan MADANI.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, semua anggota Kabinet sedia ada dalam parti itu kekal, selain tiada rombakan yang akan dicadangkan parti susulan pemilihan CEC.

"Jadi Menteri atau Timbalan Menteri, sama ada mereka ahli CEC atau tidak pada waktu ini, mereka akan terus berkhidmat dengan jawatan sedia ada. Syor (pertukaran) datang daripada parti, tidak boleh daripada individu dan parti tidak syorkan apa-apa kecuali Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hendak buat perubahan.

"Kalau Perdana Menteri hendak buat rombakan sudah tentu beliau akan tanya pandangan parti juga. Saya selaku Setiausaha Agung DAP tidak akan membuat apa-apa cadangan kepada Perdana Menteri untuk membuat sebarang perubahan, ia adalah status quo," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Menteri Pengangkutan bersama Pemimpin Masyarakat dan Majlis Berbuka Puasa yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, di sini, pada Isnin.

Terdahulu, seramai 30 pemimpin dipilih menganggotai CEC DAP selepas tamat sesi pengundian yang dijalankan pada Kongres Kebangsaan DAP ke-18 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam, semalam.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo memperoleh undian tertinggi dengan 2,785 undi, diikuti Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen (2,631 undi) dan Ahli Parlimen Kulai merangkap Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching (2,585 undi).

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ashburn viewed 'Ringgit opens higher ahead of US interest rate dec' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lelaki Rugi Lebih RM500,000 | BEST FBKL' 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lelaki tampar ketika Ramadan diberi DNAA, kes diru' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Alleged gang members deported from US arrive in El' 12 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 13 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 14 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'First day of Lady Gaga concert ticket presales see' 26 mins ago
A visitor from Miami viewed 'Israel bunuh lebih 400 orang di Gaza, gencatan sen' 28 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Pesawat MH720 dari Jakarta selamat mendarat di KLI' 40 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Fahmi optimis pemilihan PKR seiring hala tuju part' 47 mins ago