Translate

18 December 2024

Restoran didakwa hidang sayuran dikutip dari tong sampah disiasat



Restoran didakwa hidang sayuran dikutip dari tong sampah disiasat

17 Disember 2024

BULETIN TV3

Tangkap layar video tular di media sosial. – Foto tular


JOHOR BAHRU: Sebuah restoran di Skudai di sini tular apabila sebuah video memaparkan pekerja restoran terbabit mengutip sayuran dari tong sampah untuk dijadikan bahan masakan kepada pelanggan.

Video berdurasi 31 saat yang dimuat naik di TikTok kelmarin memaparkan beberapa wanita, dipercayai pekerja restoran, mengambil barangan daripada tong sampah di sebuah lorong.

Rakaman itu turut menunjukkan seorang lelaki mendakwa sayuran berkenaan digunakan sebagai bahan masakan restoran terbabit.

Insiden itu mencetuskan reaksi tidak puas hati dalam kalangan wanita terbabit dengan salah seorang daripada mereka mendakwa sayuran tersebut hanya diambil untuk kegunaan sendiri.

Susulan kejadian itu, pemilik restoran turut tampil di TikTok menafikan dakwaan itu, menyatakan ia perbuatan sabotaj oleh individu tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon mengesahkan tindakan susulan akan diambil.

“Restoran berkenaan tutup semalam, hari ini pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan Johor akan ke premis berkenaan.

“Menurut pegawai penguat kuasa, lokasi yang dikatakan adalah tempat membuang sayur dan difahamkan ramai akan datang ke situ untuk mengambilnya,” katanya ketika dihubungi.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED