Translate

18 December 2024

Harga runcit RON95 dan diesel kekal, RON97 naik 3 sen



Harga runcit RON95 dan diesel kekal, RON97 naik 3 sen

Bernama

18/12/2024


Harga RON97 meningkat tiga sen seliter, dari RM3.19 kepada RM3.22 seliter bagi tempoh 19 hingga 25 Disember. -Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR: Harga runcit RON95 kekal tidak berubah pada RM2.05 seliter, manakala harga RON97 meningkat tiga sen seliter daripada RM3.19 kepada RM3.22 seliter bagi tempoh 19 hingga 25 Dis.

Ringkasan AI

Harga runcit RON95 kekal pada RM2.05 seliter, dan harga diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada RM2.95 seliter, serta RM2.15 seliter di Sabah, Sarawak, dan Labuan.

Harga RON97 meningkat tiga sen seliter, dari RM3.19 kepada RM3.22 seliter bagi tempoh 19 hingga 25 Disember.

Harga ditetapkan berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini berkata harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia juga akan kekal pada RM2.95 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan, harga akan kekal pada RM2.15 seliter dalam tempoh yang sama.

MOF berkata harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

"Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED