Translate
18 December 2024
Peralihan kenderan rasmi kerajaan kepada EV dilaksana berperingkat - Nik Nazmi
Peralihan kenderan rasmi kerajaan kepada EV dilaksana berperingkat - Nik Nazmi
Bernama
17/12/2024
Nik Nazmi mengecas kenderaan elektrik pada Majlis Penyerahan Garis Panduan Peralihan Kenderaan Kerajaan Kepada Kenderaan Elektrik Dan Pelancaran Stesen Pengecas Pantas EV (DCFC) di Kompleks F, Putrajaya hari ini. - Gambar Bernama
PUTRAJAYA: Peralihan kenderaan rasmi kerajaan kepada kenderaan elektrik (EV) akan dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun hadapan, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata proses peralihan itu telah bermula dan perkara itu akan dimuktamadkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) kelak.
"Peralihan ini tidak dibuat sekali gus, ia akan dilaksanakan secara berperingkat namun prosesnya sudah pun bermula dan akan dimuktamadkan tidak lama lagi.
"Insya-Allah, saya rasa menjelang tahun depan kita akan lihat secara praktis perkara itu dapat dilaksanakan," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Garis Panduan Peralihan Kenderaan Kerajaan Kepada EV dan Perasmian Stesen Pengecas Pantas EV di sini hari ini.
Ditanya sama ada peralihan itu akan membabitkan semua peringkat atau jabatan tertentu, Nik Nazmi berkata perkara itu bergantung kepada keperluan dan tertakluk kepada keputusan MOF.
"Ia bergantung kepada keperluan sebab ada beberapa aspek yang perlu diambil kira kerana dalam garis panduan (peralihan kenderaan kerajaan) perlu dilihat apa keperluannya.
"Keperluan itu bergantung sama ada peralihan itu boleh dipenuhi EV tempatan atau EV lain dan sebagainya," katanya.
Sementara itu, Nik Nazmi berkata Garis Panduan Peralihan Kenderaan Kerajaan Kepada EV merupakan dokumen panduan yang dirangka oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC).
Ia dilakukan bersama pakar teknikal dan pihak berkepentingan yang terdiri daripada pelbagai kementerian, jabatan dan agensi serta industri.
Beliau berkata dokumen itu memperincikan strategi peralihan yang merangkumi penilaian inventori 'fleet' semasa untuk mengenal pasti keperluan operasi, pemilihan kenderaan elektrik, perancangan infrastruktur pengecasan dan analisis kos serta pengurangan pelepasan karbon bagi memastikan peralihan yang terancang dan berkesan di samping memperkukuhkan agenda kelestarian alam sekitar.
"Selain itu, aspek keselamatan, pemantauan, pelaporan dan latihan juga menjadi keutamaan untuk menjamin kelancaran transformasi ini.
"Saya percaya, dengan sokongan semua pihak seperti pengurus perolehan dan aset, pengurus kewangan, akaun termasuk para pemandu akan memberi impak positif dan berkesan dalam pengurusan alam sekitar selain mengurangkan kos operasi dan penyelenggaraan kenderaan kerajaan dalam jangka masa panjang," katanya.
Beliau berkata garis panduan itu juga bertujuan untuk memastikan peralihan kenderaan kerajaan kepada EV berjalan lancar malah dapat memacu inovasi dan pembangunan ekosistem EV di Malaysia secara mampan.
Pada majlis itu, beliau turut melancarkan Stesen Pengecas Pantas EV yang pertama di Blok F11, Kompleks F, di sini.
Nik Nazmi berkata stesen pengecasan pantas itu mempunyai kapasiti 60 kilowatt, yang membolehkan EV dicas hingga kapasiti 80 peratus dalam masa kurang daripada 30 minit berbanding pengecas biasa jenis arus ulang alik (AC) yang mengambil masa beberapa jam.
"Inisiatif ini turut menyokong visi Putrajaya sebagai Bandar Rendah Karbon menjelang 2025 dengan memperlihatkan Kompleks F sebagai contoh bagi pelaksanaan Zon Rendah Karbon.
"Projek ini bertujuan mempamerkan pelaksanaan inisiatif rendah karbon dalam premis kerajaan, memudahkan pemilikan dan penggunaan EV melalui penyediaan infrastruktur sokongan, serta menjadi contoh kepada kementerian dan jabatan serta agensi lain," katanya.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
At least 100,000 bodies in Syrian mass grave, US advocacy group head says Reuters 17/12/2024 Abo Khaled, a farmer walks by the site of a ma...
-
Ammar Alfian dakwa sudah ragut dara Puteri Sarah Liyana PORUMAN 1:19 PTG Hiburan Tiada Komen Ammar Alfian dakwa sudah rag...
-
Wan Saiful trial: Over RM900,000 deposited into three companies' accounts - Witness Bernama 12/12/2024 Former Bersatu information chief ...
-
Polis kesan wanita dakwa bakal bernikah dengan Tengku Mahkota Pahang 13 Disember 2024, 5:22pm = KUANTAN: Polis sedang mengesan seorang wanit...
-
Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis Bernama 16/12/2024 Pada 9 Dis lepas, Lim (kanan) memfailkan noti...
Popular Posts - Last 30 days
-
Woman hit by car at pedestrian crossing while chasing young boy dashing across road image: http://www.thestar.com.my/~/medi...
-
Kemunculan bank digital baharu melonjakkan sektor perbankan global pada 2024 Bernama 08/12/2024 Kemunculan Boost Bank iaitu bank digital tem...
-
Ammar Alfian dakwa sudah ragut dara Puteri Sarah Liyana PORUMAN 1:19 PTG Hiburan Tiada Komen Ammar Alfian dakwa sudah rag...
-
At least 100,000 bodies in Syrian mass grave, US advocacy group head says Reuters 17/12/2024 Abo Khaled, a farmer walks by the site of a ma...
-
NSRC successfully blocked RM19 million from being transferred in online fraud cases - PM Bernama 03/12/2024 PM Datuk Seri Anwar Ibrahim say...
-
Banjir: Ratusan rumah dinaiki air di Ipoh, penduduk dakwa kali pertama sejak lebih 25 tahun Astro Awani 01/12/2024 Penduduk di Taman Arena K...
-
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku Astro Awani 26/11/2024 Deanesh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ya...
-
Ananda Krishnan leaves behind indelible mark in corporate Malaysia Bernama 28/11/2024 Ananda Krishnan will be remembered as a pioneer who tr...
Blog Archive
-
▼
2024
(5278)
-
▼
Dec 2024
(684)
- Nyaris Jadi Mangsa Rogol Di Tandas Awam
- 'Hot Daddy' Dan Dua Rakan Wanita Dilepas Tanpa Dib...
- Suspek Mengaku Terdesak Perlu Wang Tengok Perlawan...
- Syarikat minyak sawit China dipelawa teroka peluan...
- KPKM diminta kaji mekanisme kawalan percampuran be...
- 10 set tren ETS baharu dijangka beroperasi suku pe...
- Malaysia sasar capai kemajuan bersama menerusi ker...
- Pasaran getah ditutup rendah
- Peniaga rugi hampir setengah juta terperdaya pelab...
- Mahkamah Tinggi tolak rayuan, kekalkan hukuman bek...
- Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail ray...
- Bekas Pengarah APMM Tanjung Sedili diperintah bela...
- Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima nege...
- Dua Warga Malaysia Di Guantanamo Akan Dipulangkan
- Harga runcit RON95 dan diesel kekal, RON97 naik 3 sen
- 12 penuntut universiti ditahan disyaki pukul pelaj...
- Ahli perniagaan dilepas, dibebaskan dua pertuduhan...
- Lima laporan polis terhadap pempengaruh terkait pa...
- Keputusan CEO GISBH, isteri fail habeas corpus cab...
- Tok Mat mohon maaf, akan bayar kompaun
- Pemandu SUV Mercedes Benz tak mengaku pandu melulu...
- Banduan hukuman mati Filipina dihantar pulang sele...
- SPRM reman wanita di Melaka, kes rasuah gelaran Da...
- Aniaya kucing: Lelaki didenda RM10,000
- 56 kes penipuan logo, sijil halal libatkan lebih R...
- At least 100,000 bodies in Syrian mass grave, US a...
- The Electoral College votes to confirm Trump's vic...
- Wan Saiful tidak kelirukan dewan rakyat - Parlimen
- Merokok di kedai makan, KKM kompaun Tok Mat
- Lori Sampah Langgar Rumah
- Warga Emas Rugi RM2.1 Juta
- Hasrat Bercuti Ke Seoul Tidak Kesampaian
- KKM Akan Serah Notis Kepada Tok Mat
- JAKARTA BANJIR - AIR LAUT MELIMPAH KE BANDAR
- KERETA TERBABAS HENTAM 18 BUAH MOTOSIKAL DI BANTIN...
- KEJADIAN DALAM PASARAYA DI JENJAROM, KUALA.LANGAT,...
- Trump Takes Question After Question From Reporters...
- Thailand come back to beat Singapore 4-2 I AFF Cup
- Softbank will invest $100 billion in U.S.
- Fahmi hits back at Muda, says Musa was appointed b...
- Langgar lampu merah: 95,298 saman dikeluarkan dala...
- Peralihan kenderan rasmi kerajaan kepada EV dilaks...
- Tiga individu kerugian lebih RM5.4 juta terperdaya...
- Polis lumpuh 40 sindiket penipuan dalam talian, 42...
- 14,210 unit lampu jalan kampung di Semenanjung Mal...
- Tangani jangkitan saluran kencing - Pencegahan dan...
- Piala ASEAN: Malaysia berdepan aksi ‘hidup mati’ m...
- KDNK Malaysia diunjur naik 4.9 peratus pada 2025 -...
- Restoran didakwa hidang sayuran dikutip dari tong ...
- Minors forced into local explicit content
- Why did Indonesia release the Bali Five now? Its n...
- German Chancellor Scholz loses no-confidence vote,...
- TikTok turns to US Supreme Court in last-ditch bid...
- Newborn baby abandoned in a box at Yong Peng Food ...
- Pengurus syarikat disyaki minta rasuah untuk dapat...
- Bakal Pengantin Dituduh Langgar Mati Dua Remaja
- PU Azman Dipenjara 7 Tahun, 2 Sebatan
- RUU Kebebasan Maklumat dibentang di Parlimen tahun...
- Tidak puas hati keputusan penalti, pengadil ditumb...
- Pembaharuan pas My50 ditangguh hingga 31 Jan bagi ...
- Pelayan restoran warga China didakwa bunuh rakan s...
- Penipuan pelaburan Gigamax: Tujuh individu dikesan...
- Badminton: Sze Fei-Nur Izzuddin kini beregu lelaki...
- Prabowo akan berkunjung ke Malaysia bertemu Anwar ...
- Hujan berterusan dijangka landa tiga negeri bermul...
- Tebing Sungai Kelantan Runtuh
- lelaki jual pingat datuk seri direman
- Ramai Lagi Orang Tetapi Anwar Pilih Thaksin - Tun M
- Isu Batu Puteh : Tun M Malu Kerana Tiga Bekas Ment...
- Satu lagi gempa bumi dikesan di Ranau
- Luruan monsun hingga 22 Disember, hujan berterusan...
- Lima ditahan bantu siasatan pergaduhan di Jalan Ya...
- BNM lantik semula tiga ahli Majlis Penasihat Syariah
- Anggota polis didakwa rompak jongkong emas bernila...
- Definisi, pengelasan T15 akan diputuskan dalam mas...
- Musa Aman Ketua Menteri Sabah paling lama, luas pe...
- PLUS jangka lonjakan trafik 14 peratus sempena Kri...
- KEJADIAN CURI HILUX DEPAN RUMAH DI BANTING, SELANG...
- KUSKOP melalui Tekun Nasional lulus pembiayaan RM2...
- Saya tidak guna politik cium tangan - Syed Saddiq ...
- Malaysia percepat peralihan ke arah status negara ...
- Pecah Masuk Kedai Runcit Bersenjata Lastik Di Kota...
- Pesalah Khalwat Berulang Disebat Di Khalayak 27 Di...
- Kelas Renang Untuk Warga Emas Persiapan Musim Teng...
- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Thailand siasat pega...
- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam ke...
- Perak Transit Berhad jenamakan semula MyBAS kepada...
- Pelantikan Thaksin sebagai penasihat tidak rasmi d...
- Musa Aman dilantik Yang Dipertua Negeri Sabah
- RM1.22bil lost to online crime and scams from Jan ...
- Dua lelaki Thailand lepaskan tembakan di sempadan ...
- Singapore's minister to issue letter of demand ove...
- Teacher, student shot dead at school in America
- Driver of Mercedes car on fire at SPE on remand fo...
- Britain sets first codes of practice for tech firm...
- Bitcoin surges above $106,000 on strategic reserve...
- Ramai Puas Hati Tengok JPJ Johor Buat Kerja
- Revolusi Harimau Malaya Bermula! | NINDIA BOLA
- Jokowi, anak dan menantu dipecat PDIP
- Thaksin Shinawatra dilantik penasihat peribadi kep...
-
▼
Dec 2024
(684)