Translate
18 December 2024
Malaysia sasar capai kemajuan bersama menerusi kerjasama erat dengan China - TPM
Malaysia sasar capai kemajuan bersama menerusi kerjasama erat dengan China - TPM
Bernama
18/12/2024
Ahmad Zahid berkata usaha China dalam menoktahkan kemiskinan dan pemulihan semula kawasan luar bandar sememangnya harus dipuji. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia menyasarkan untuk mencapai kemajuan bersama melalui kerjasama erat dengan China yang memfokus kepada langkah menggalakkan pengagihan kekayaan saksama, meningkatkan kemahiran rakyat dan membasmi kemiskinan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha China dalam menoktahkan kemiskinan dan pemulihan semula kawasan luar bandar sememangnya harus dipuji kerana sejak empat dekad lepas, negara itu berjaya mengeluarkan lebih 800 juta rakyatnya daripada kemiskinan tegar.
"Kita telah menyaksikan bagaimana China memfokus kepada langkah membangunkan wilayah tengahnya dengan mewujudkan peluang pekerjaan, menambah baik infrastruktur dan memupuk industri baharu. Pelaburan yang besar juga telah dibuat dalam infrastruktur, penjagaan kesihatan serta perkhidmatan penting lain bagi memastikan pembangunan mampan.
"Aspek utama strategi ini ialah menangani cabaran susulan migrasi dari luar bandar ke bandar yang begitu meluas," katanya dalam ucaptama penutupan Persidangan Kepimpinan bertajuk Charting the Future: Malaysia-China Beyond 50 Years di Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia di sini hari ini.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata dengan mewujudkan peluang pekerjaan di kawasan luar bandar, China bukan hanya menggalakkan kepulangan tenaga kerja tetapi juga mempromosikan pembangunan seimbang sebagai langkah pencegahan terhadap kesesakan di bandar dan isu lain yang berkaitan.
Beliau berkata kerjasama antara China dan Malaysia turut merangkumi pembangunan pendidikan dan tenaga kerja.
"Setakat 2024, 220 syarikat China telah menawarkan lebih 5,000 penempatan latihan untuk pelajar Malaysia. Kesemua program ini, yang merangkumi tempoh jangka pendek, sederhana dan panjang, memfokus kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)," katanya.
Ahmad Zahid berkata pencapaian ini dapat direalisasi menerusi kerjasama antara Belia Mahir dan pemain industri penting dalam industri TVET China.
"Perkongsian itu, yang dirasmikan melalui satu MoU (Memorandum Persefahaman) dengan Beifang Automotive Education Group dan Tang (M) International Education Group pada awal tahun ini, bersedia untuk merevolusikan keupayaan Malaysia dalam sektor seperti automotif, semikonduktor, automasi, Internet Pelbagai Benda dan keselamatan siber," katanya.
Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara, berkata inisiatif itu secara langsung menyokong Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 yang bertujuan mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan golongan tersebut kepada hanya 8.9 peratus.
Beliau berkata dengan menangani jurang antara pendidikan dan tuntutan industri, kerjasama itu akan mempersiapkan generasi muda Malaysia dengan kemahiran serta keyakinan yang diperlukan untuk mendapat pekerjaan yang bermakna sekali gus menyumbang kepada kemakmuran ekonomi negara.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
Ammar Alfian dakwa sudah ragut dara Puteri Sarah Liyana PORUMAN 1:19 PTG Hiburan Tiada Komen Ammar Alfian dakwa sudah rag...
-
At least 100,000 bodies in Syrian mass grave, US advocacy group head says Reuters 17/12/2024 Abo Khaled, a farmer walks by the site of a ma...
-
Wan Saiful trial: Over RM900,000 deposited into three companies' accounts - Witness Bernama 12/12/2024 Former Bersatu information chief ...
-
Polis kesan wanita dakwa bakal bernikah dengan Tengku Mahkota Pahang 13 Disember 2024, 5:22pm = KUANTAN: Polis sedang mengesan seorang wanit...
Popular Posts - Last 30 days
-
Woman hit by car at pedestrian crossing while chasing young boy dashing across road image: http://www.thestar.com.my/~/medi...
-
Kemunculan bank digital baharu melonjakkan sektor perbankan global pada 2024 Bernama 08/12/2024 Kemunculan Boost Bank iaitu bank digital tem...
-
Ammar Alfian dakwa sudah ragut dara Puteri Sarah Liyana PORUMAN 1:19 PTG Hiburan Tiada Komen Ammar Alfian dakwa sudah rag...
-
NSRC successfully blocked RM19 million from being transferred in online fraud cases - PM Bernama 03/12/2024 PM Datuk Seri Anwar Ibrahim say...
-
Banjir: Ratusan rumah dinaiki air di Ipoh, penduduk dakwa kali pertama sejak lebih 25 tahun Astro Awani 01/12/2024 Penduduk di Taman Arena K...
-
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku Astro Awani 26/11/2024 Deanesh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ya...
-
Ananda Krishnan leaves behind indelible mark in corporate Malaysia Bernama 28/11/2024 Ananda Krishnan will be remembered as a pioneer who tr...
Blog Archive
-
▼
2024
(5278)
-
▼
Dec 2024
(684)
- Nyaris Jadi Mangsa Rogol Di Tandas Awam
- 'Hot Daddy' Dan Dua Rakan Wanita Dilepas Tanpa Dib...
- Suspek Mengaku Terdesak Perlu Wang Tengok Perlawan...
- Syarikat minyak sawit China dipelawa teroka peluan...
- KPKM diminta kaji mekanisme kawalan percampuran be...
- 10 set tren ETS baharu dijangka beroperasi suku pe...
- Malaysia sasar capai kemajuan bersama menerusi ker...
- Pasaran getah ditutup rendah
- Peniaga rugi hampir setengah juta terperdaya pelab...
- Mahkamah Tinggi tolak rayuan, kekalkan hukuman bek...
- Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail ray...
- Bekas Pengarah APMM Tanjung Sedili diperintah bela...
- Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima nege...
- Dua Warga Malaysia Di Guantanamo Akan Dipulangkan
- Harga runcit RON95 dan diesel kekal, RON97 naik 3 sen
- 12 penuntut universiti ditahan disyaki pukul pelaj...
- Ahli perniagaan dilepas, dibebaskan dua pertuduhan...
- Lima laporan polis terhadap pempengaruh terkait pa...
- Keputusan CEO GISBH, isteri fail habeas corpus cab...
- Tok Mat mohon maaf, akan bayar kompaun
- Pemandu SUV Mercedes Benz tak mengaku pandu melulu...
- Banduan hukuman mati Filipina dihantar pulang sele...
- SPRM reman wanita di Melaka, kes rasuah gelaran Da...
- Aniaya kucing: Lelaki didenda RM10,000
- 56 kes penipuan logo, sijil halal libatkan lebih R...
- At least 100,000 bodies in Syrian mass grave, US a...
- The Electoral College votes to confirm Trump's vic...
- Wan Saiful tidak kelirukan dewan rakyat - Parlimen
- Merokok di kedai makan, KKM kompaun Tok Mat
- Lori Sampah Langgar Rumah
- Warga Emas Rugi RM2.1 Juta
- Hasrat Bercuti Ke Seoul Tidak Kesampaian
- KKM Akan Serah Notis Kepada Tok Mat
- JAKARTA BANJIR - AIR LAUT MELIMPAH KE BANDAR
- KERETA TERBABAS HENTAM 18 BUAH MOTOSIKAL DI BANTIN...
- KEJADIAN DALAM PASARAYA DI JENJAROM, KUALA.LANGAT,...
- Trump Takes Question After Question From Reporters...
- Thailand come back to beat Singapore 4-2 I AFF Cup
- Softbank will invest $100 billion in U.S.
- Fahmi hits back at Muda, says Musa was appointed b...
- Langgar lampu merah: 95,298 saman dikeluarkan dala...
- Peralihan kenderan rasmi kerajaan kepada EV dilaks...
- Tiga individu kerugian lebih RM5.4 juta terperdaya...
- Polis lumpuh 40 sindiket penipuan dalam talian, 42...
- 14,210 unit lampu jalan kampung di Semenanjung Mal...
- Tangani jangkitan saluran kencing - Pencegahan dan...
- Piala ASEAN: Malaysia berdepan aksi ‘hidup mati’ m...
- KDNK Malaysia diunjur naik 4.9 peratus pada 2025 -...
- Restoran didakwa hidang sayuran dikutip dari tong ...
- Minors forced into local explicit content
- Why did Indonesia release the Bali Five now? Its n...
- German Chancellor Scholz loses no-confidence vote,...
- TikTok turns to US Supreme Court in last-ditch bid...
- Newborn baby abandoned in a box at Yong Peng Food ...
- Pengurus syarikat disyaki minta rasuah untuk dapat...
- Bakal Pengantin Dituduh Langgar Mati Dua Remaja
- PU Azman Dipenjara 7 Tahun, 2 Sebatan
- RUU Kebebasan Maklumat dibentang di Parlimen tahun...
- Tidak puas hati keputusan penalti, pengadil ditumb...
- Pembaharuan pas My50 ditangguh hingga 31 Jan bagi ...
- Pelayan restoran warga China didakwa bunuh rakan s...
- Penipuan pelaburan Gigamax: Tujuh individu dikesan...
- Badminton: Sze Fei-Nur Izzuddin kini beregu lelaki...
- Prabowo akan berkunjung ke Malaysia bertemu Anwar ...
- Hujan berterusan dijangka landa tiga negeri bermul...
- Tebing Sungai Kelantan Runtuh
- lelaki jual pingat datuk seri direman
- Ramai Lagi Orang Tetapi Anwar Pilih Thaksin - Tun M
- Isu Batu Puteh : Tun M Malu Kerana Tiga Bekas Ment...
- Satu lagi gempa bumi dikesan di Ranau
- Luruan monsun hingga 22 Disember, hujan berterusan...
- Lima ditahan bantu siasatan pergaduhan di Jalan Ya...
- BNM lantik semula tiga ahli Majlis Penasihat Syariah
- Anggota polis didakwa rompak jongkong emas bernila...
- Definisi, pengelasan T15 akan diputuskan dalam mas...
- Musa Aman Ketua Menteri Sabah paling lama, luas pe...
- PLUS jangka lonjakan trafik 14 peratus sempena Kri...
- KEJADIAN CURI HILUX DEPAN RUMAH DI BANTING, SELANG...
- KUSKOP melalui Tekun Nasional lulus pembiayaan RM2...
- Saya tidak guna politik cium tangan - Syed Saddiq ...
- Malaysia percepat peralihan ke arah status negara ...
- Pecah Masuk Kedai Runcit Bersenjata Lastik Di Kota...
- Pesalah Khalwat Berulang Disebat Di Khalayak 27 Di...
- Kelas Renang Untuk Warga Emas Persiapan Musim Teng...
- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Thailand siasat pega...
- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam ke...
- Perak Transit Berhad jenamakan semula MyBAS kepada...
- Pelantikan Thaksin sebagai penasihat tidak rasmi d...
- Musa Aman dilantik Yang Dipertua Negeri Sabah
- RM1.22bil lost to online crime and scams from Jan ...
- Dua lelaki Thailand lepaskan tembakan di sempadan ...
- Singapore's minister to issue letter of demand ove...
- Teacher, student shot dead at school in America
- Driver of Mercedes car on fire at SPE on remand fo...
- Britain sets first codes of practice for tech firm...
- Bitcoin surges above $106,000 on strategic reserve...
- Ramai Puas Hati Tengok JPJ Johor Buat Kerja
- Revolusi Harimau Malaya Bermula! | NINDIA BOLA
- Jokowi, anak dan menantu dipecat PDIP
- Thaksin Shinawatra dilantik penasihat peribadi kep...
-
▼
Dec 2024
(684)