Translate

18 December 2024

12 penuntut universiti ditahan disyaki pukul pelajar bergilir-gilir



12 penuntut universiti ditahan disyaki pukul pelajar bergilir-gilir

Bernama

18/12/2024


Kesemua 12 penuntut universiti direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes pukul seorang pelajar berusia 20 tahun di kolej kediaman pada Ahad lalu. - Gambar Sinar Harian


KUALA TERENGGANU: Polis menahan 12 penuntut sebuah universiti awam bagi membantu siasatan kes seorang pelajar lelaki yang dipukul secara bergilir-gilir hingga cedera.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Supt Wan Mohd Zaki Wan Ismail berkata kesemua lelaki berusia 20 hingga 22 tahun itu ditahan selepas pihaknya bertindak atas laporan daripada seorang bapa yang mendakwa anaknya berumur 20 tahun telah dipukul di kolej kediaman pelajar di universiti itu antara 1 hingga 5 pagi Ahad lepas.

"Kejadian dimaklumkan oleh mangsa kepada pengadu (bapa) melalui telefon pada 10.50 malam (Ahad) semasa pengadu berada di rumahnya di Melaka. Mangsa turut menghantar beberapa gambar yang menunjukkan kecederaan dialami di beberapa bahagian anggota badan.

"Pengadu kemudian tiba di Kuala Terengganu pada 16 Dis (Isnin) dan terus membawa anaknya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan di unit kecemasan, sebelum mangsa dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Mohd Zaki berkata pegawai perubatan mengesahkan terdapat kesan lebam dan kecederaan dalaman akibat dipukul dengan objek tumpul pada lengan kiri dan kanan, pinggang sebelah kanan, dada, bahagian perut dan kaki kanan mangsa.

Beliau berkata senjata yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dirampas manakala kesemua penuntut itu direman hingga Sabtu untuk siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED