Translate
18 December 2024
Polis lumpuh 40 sindiket penipuan dalam talian, 426 individu ditahan
Polis lumpuh 40 sindiket penipuan dalam talian, 426 individu ditahan
Bernama
17/12/2024
Ramli berkata dalam serbuan itu seramai 426 individu ditahan membabitkan 331 lelaki dan 95 wanita berusia antara 16 hingga 55 tahun. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan kira-kira 40 sindiket penipuan dalam talian menerusi operasi khas selama 12 hari bermula 25 Nov hingga 6 Dis lepas dengan 63 serbuan dijalankan di pusat panggilan jenayah di seluruh negara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata dalam serbuan itu seramai 426 individu ditahan membabitkan 331 lelaki dan 95 wanita berusia antara 16 hingga 55 tahun.
Daripada jumlah itu, seramai 146 terdiri rakyat tempatan manakala bakinya ialah warga asing iaitu 224 warga China, Thailand (21), Indonesia (18) Nigeria (lima), Pakistan (tiga) Zimbabwe dan Ukraine masing-masing dua serta seorang dari Kenya, Tajikistan, Taiwan, Guinea dan Syria.
"Hasil siasatan mendedahkan, kesemua individu yang ditahan ini adalah daripada 40 kumpulan sindiket yang menjalankan aktiviti penipuan," katanya pada sidang media di pejabat JSJK Bukit Aman di Menara KPJ di sini hari ini.
Ramli berkata 40 sindiket itu membabitkan 12 sindiket judi dalam talian, pelaburan tidak wujud dan tipu pelaburan kerja (sembilan), sindiket e-dagang (lima), sindiket Love Scam (tiga) manakala masing-masing satu melibatkan penipuan derma dan promosi video lucah.
Mengulas lanjut, Ramli berkata siasatan mendapati pusat panggilan itu bukan sahaja menyasarkan mangsa tempatan tetapi turut menjangkau luar negara seperti Amerika Syarikat, China, Jepun, India, Hong Kong, Taiwan, Trinidad dan Tobago, Indonesia, Thailand dan Vietnam.
"Individu yang ditahan mempunyai peranan yang berbeza termasuklah sebagai pengurus, penyelia, pegawai khidmat pelanggan, pegawai pengiklanan, pegawai kewangan dan pengatur cara komputer," katanya.
Ramli berkata dalam operasi itu polis turut merampas sebanyak 1,240 telefon bimbit; 187 set komputer; 302 komputer riba; 41 router; 44 modem; 52 monitor, 41 kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM); 21 kad akses; 185 keping simkad; dua utas gelang tangan, enam buah kenderaan dan wang tunai berjumlah RM79,451.
"Turut dirampas sembilan unit cop, dua keping sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan pelbagai barangan lain yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan jenayah yang dijalankan. Jumlah rampasan dianggarkan bernilai RM1.48 juta," katanya.
Polis juga mengenal pasti 35 premis kediaman seperti rumah teres, kondominium dan pangsapuri yang dijadikan pusat panggilan bagi aktiviti haram itu.
"Pemilik premis yang menyewakan kediaman diingatkan untuk mengambil tahu siapa dan apakah aktiviti yang dilakukan oleh penyewa. Tindakan membenarkan aktiviti jenayah ini beroperasi di kediaman milik anda boleh dianggap sebagai bersekongkol dan pihak polis tidak menolak kemungkinan untuk mengheret anda ke mahkamah," katanya.
Setakat ini, 261 individu telah didakwa manakala selebihnya masih dalam siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 120B Kanun Keseksaan, Seksyen 4(1)(C), 4(1)(G) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta Imigresen 1959/63.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
At least 100,000 bodies in Syrian mass grave, US advocacy group head says Reuters 17/12/2024 Abo Khaled, a farmer walks by the site of a ma...
-
Ammar Alfian dakwa sudah ragut dara Puteri Sarah Liyana PORUMAN 1:19 PTG Hiburan Tiada Komen Ammar Alfian dakwa sudah rag...
-
Wan Saiful trial: Over RM900,000 deposited into three companies' accounts - Witness Bernama 12/12/2024 Former Bersatu information chief ...
-
Polis kesan wanita dakwa bakal bernikah dengan Tengku Mahkota Pahang 13 Disember 2024, 5:22pm = KUANTAN: Polis sedang mengesan seorang wanit...
-
Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis Bernama 16/12/2024 Pada 9 Dis lepas, Lim (kanan) memfailkan noti...
Popular Posts - Last 30 days
-
Woman hit by car at pedestrian crossing while chasing young boy dashing across road image: http://www.thestar.com.my/~/medi...
-
Kemunculan bank digital baharu melonjakkan sektor perbankan global pada 2024 Bernama 08/12/2024 Kemunculan Boost Bank iaitu bank digital tem...
-
Ammar Alfian dakwa sudah ragut dara Puteri Sarah Liyana PORUMAN 1:19 PTG Hiburan Tiada Komen Ammar Alfian dakwa sudah rag...
-
At least 100,000 bodies in Syrian mass grave, US advocacy group head says Reuters 17/12/2024 Abo Khaled, a farmer walks by the site of a ma...
-
NSRC successfully blocked RM19 million from being transferred in online fraud cases - PM Bernama 03/12/2024 PM Datuk Seri Anwar Ibrahim say...
-
Banjir: Ratusan rumah dinaiki air di Ipoh, penduduk dakwa kali pertama sejak lebih 25 tahun Astro Awani 01/12/2024 Penduduk di Taman Arena K...
-
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku Astro Awani 26/11/2024 Deanesh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ya...
-
Ananda Krishnan leaves behind indelible mark in corporate Malaysia Bernama 28/11/2024 Ananda Krishnan will be remembered as a pioneer who tr...
Blog Archive
-
▼
2024
(5278)
-
▼
Dec 2024
(684)
- Nyaris Jadi Mangsa Rogol Di Tandas Awam
- 'Hot Daddy' Dan Dua Rakan Wanita Dilepas Tanpa Dib...
- Suspek Mengaku Terdesak Perlu Wang Tengok Perlawan...
- Syarikat minyak sawit China dipelawa teroka peluan...
- KPKM diminta kaji mekanisme kawalan percampuran be...
- 10 set tren ETS baharu dijangka beroperasi suku pe...
- Malaysia sasar capai kemajuan bersama menerusi ker...
- Pasaran getah ditutup rendah
- Peniaga rugi hampir setengah juta terperdaya pelab...
- Mahkamah Tinggi tolak rayuan, kekalkan hukuman bek...
- Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail ray...
- Bekas Pengarah APMM Tanjung Sedili diperintah bela...
- Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima nege...
- Dua Warga Malaysia Di Guantanamo Akan Dipulangkan
- Harga runcit RON95 dan diesel kekal, RON97 naik 3 sen
- 12 penuntut universiti ditahan disyaki pukul pelaj...
- Ahli perniagaan dilepas, dibebaskan dua pertuduhan...
- Lima laporan polis terhadap pempengaruh terkait pa...
- Keputusan CEO GISBH, isteri fail habeas corpus cab...
- Tok Mat mohon maaf, akan bayar kompaun
- Pemandu SUV Mercedes Benz tak mengaku pandu melulu...
- Banduan hukuman mati Filipina dihantar pulang sele...
- SPRM reman wanita di Melaka, kes rasuah gelaran Da...
- Aniaya kucing: Lelaki didenda RM10,000
- 56 kes penipuan logo, sijil halal libatkan lebih R...
- At least 100,000 bodies in Syrian mass grave, US a...
- The Electoral College votes to confirm Trump's vic...
- Wan Saiful tidak kelirukan dewan rakyat - Parlimen
- Merokok di kedai makan, KKM kompaun Tok Mat
- Lori Sampah Langgar Rumah
- Warga Emas Rugi RM2.1 Juta
- Hasrat Bercuti Ke Seoul Tidak Kesampaian
- KKM Akan Serah Notis Kepada Tok Mat
- JAKARTA BANJIR - AIR LAUT MELIMPAH KE BANDAR
- KERETA TERBABAS HENTAM 18 BUAH MOTOSIKAL DI BANTIN...
- KEJADIAN DALAM PASARAYA DI JENJAROM, KUALA.LANGAT,...
- Trump Takes Question After Question From Reporters...
- Thailand come back to beat Singapore 4-2 I AFF Cup
- Softbank will invest $100 billion in U.S.
- Fahmi hits back at Muda, says Musa was appointed b...
- Langgar lampu merah: 95,298 saman dikeluarkan dala...
- Peralihan kenderan rasmi kerajaan kepada EV dilaks...
- Tiga individu kerugian lebih RM5.4 juta terperdaya...
- Polis lumpuh 40 sindiket penipuan dalam talian, 42...
- 14,210 unit lampu jalan kampung di Semenanjung Mal...
- Tangani jangkitan saluran kencing - Pencegahan dan...
- Piala ASEAN: Malaysia berdepan aksi ‘hidup mati’ m...
- KDNK Malaysia diunjur naik 4.9 peratus pada 2025 -...
- Restoran didakwa hidang sayuran dikutip dari tong ...
- Minors forced into local explicit content
- Why did Indonesia release the Bali Five now? Its n...
- German Chancellor Scholz loses no-confidence vote,...
- TikTok turns to US Supreme Court in last-ditch bid...
- Newborn baby abandoned in a box at Yong Peng Food ...
- Pengurus syarikat disyaki minta rasuah untuk dapat...
- Bakal Pengantin Dituduh Langgar Mati Dua Remaja
- PU Azman Dipenjara 7 Tahun, 2 Sebatan
- RUU Kebebasan Maklumat dibentang di Parlimen tahun...
- Tidak puas hati keputusan penalti, pengadil ditumb...
- Pembaharuan pas My50 ditangguh hingga 31 Jan bagi ...
- Pelayan restoran warga China didakwa bunuh rakan s...
- Penipuan pelaburan Gigamax: Tujuh individu dikesan...
- Badminton: Sze Fei-Nur Izzuddin kini beregu lelaki...
- Prabowo akan berkunjung ke Malaysia bertemu Anwar ...
- Hujan berterusan dijangka landa tiga negeri bermul...
- Tebing Sungai Kelantan Runtuh
- lelaki jual pingat datuk seri direman
- Ramai Lagi Orang Tetapi Anwar Pilih Thaksin - Tun M
- Isu Batu Puteh : Tun M Malu Kerana Tiga Bekas Ment...
- Satu lagi gempa bumi dikesan di Ranau
- Luruan monsun hingga 22 Disember, hujan berterusan...
- Lima ditahan bantu siasatan pergaduhan di Jalan Ya...
- BNM lantik semula tiga ahli Majlis Penasihat Syariah
- Anggota polis didakwa rompak jongkong emas bernila...
- Definisi, pengelasan T15 akan diputuskan dalam mas...
- Musa Aman Ketua Menteri Sabah paling lama, luas pe...
- PLUS jangka lonjakan trafik 14 peratus sempena Kri...
- KEJADIAN CURI HILUX DEPAN RUMAH DI BANTING, SELANG...
- KUSKOP melalui Tekun Nasional lulus pembiayaan RM2...
- Saya tidak guna politik cium tangan - Syed Saddiq ...
- Malaysia percepat peralihan ke arah status negara ...
- Pecah Masuk Kedai Runcit Bersenjata Lastik Di Kota...
- Pesalah Khalwat Berulang Disebat Di Khalayak 27 Di...
- Kelas Renang Untuk Warga Emas Persiapan Musim Teng...
- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Thailand siasat pega...
- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam ke...
- Perak Transit Berhad jenamakan semula MyBAS kepada...
- Pelantikan Thaksin sebagai penasihat tidak rasmi d...
- Musa Aman dilantik Yang Dipertua Negeri Sabah
- RM1.22bil lost to online crime and scams from Jan ...
- Dua lelaki Thailand lepaskan tembakan di sempadan ...
- Singapore's minister to issue letter of demand ove...
- Teacher, student shot dead at school in America
- Driver of Mercedes car on fire at SPE on remand fo...
- Britain sets first codes of practice for tech firm...
- Bitcoin surges above $106,000 on strategic reserve...
- Ramai Puas Hati Tengok JPJ Johor Buat Kerja
- Revolusi Harimau Malaya Bermula! | NINDIA BOLA
- Jokowi, anak dan menantu dipecat PDIP
- Thaksin Shinawatra dilantik penasihat peribadi kep...
-
▼
Dec 2024
(684)