Translate

18 December 2024

Pasaran getah ditutup rendah



Pasaran getah ditutup rendah

Bernama

18/12/2024


Pada 5 petang, SMR 20 berada pada 873.5 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 713.5 sen sekilogram. - Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR: Pasaran getah ditutup rendah pada Rabu, seiring dengan aliran menurun pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Katanya penurunan itu dihadkan oleh harga minyak mentah yang stabil dan ringgit yang terus rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong oleh kebimbangan mengenai gangguan bekalan berikutan hujan berterusan dan banjir di Thailand.

"Sementara itu, peniaga dijangka memantau keputusan mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) AS yang akan datang dan prospek ekonomi AS bagi 2025," katanya kepada Bernama.

Katanya ringgit terus rendah berbanding dolar AS, disokong oleh data jualan runcit AS yang lebih kukuh daripada jangkaan.

Pada 5 petang, ringgit susut sedikit kepada 4.4650/4695 berbanding dolar AS daripada 4.4645/4690 semalam.

Beliau berkata harga minyak kekal stabil, diniagakan dalam jajaran kecil pada Rabu berikutan peniaga mengambil pendekatan berhati-hati menjelang kemungkinan penurunan kadar faedah oleh Fed.

Bagaimanapun, data industri mengenai inventori AS memberikan petunjuk bercampur-campur.

Setakat ini, harga minyak mentah Brent naik 0.53 peratus kepada US$73.57 setong.

Mengikut Lembaga Getah Malaysia (LGM), harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) merosot 13.5 sen kepada 880.5 sen sekilogram manakala lateks pukal menurun 1.5 sen kepada 712.5 sen sekilogram.

Pada 5 petang, SMR 20 berada pada 873.5 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 713.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED