Translate

14 November 2024

TikTok jamin teliti isu buli siber, scam, fitnah - PM



TikTok jamin teliti isu buli siber, scam, fitnah - PM

Astro Awani

14/11/2024


Dalam pertemuan hampir 30 minit itu, Anwar dan Zi Chew turut membincangkan kerjasama antara Kerajaan MADANI dan TikTok di Malaysia. - Foto PMO


LIMA: Pengendali platform media sosial TikTok memberi jaminan untuk meneliti beberapa isu yang wujud di platform tersebut seperti buli siber, ancaman scam dan fitnah yang semakin berleluasa.

Komitmen itu dinyatakan Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, Shou Zi Chew dalam pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar Minggu Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELW) di sini hari ini.

Anwar menerusi perkongsian di media sosial berkata, TikTok turut menyatakan kesediaan untuk menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Komunikasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Bank Negara Malaysia (BNM).

“Dalam pertemuan ini saya bangkitkan beberapa perkara antaranya pelaksanaan kerangka kawal selia untuk melesenkan perkhidmatan media sosial dan pesanan internet mulai 1 Januari tahun depan,” katanya dalam hantaran tersebut.

Dalam pertemuan hampir 30 minit itu, Anwar dan Zi Chew turut membincangkan kerjasama antara Kerajaan MADANI dan TikTok di Malaysia.

Malah, TikTok turut menyatakan perakuan untuk melanjutkan pelaburan secara besar-besaran di Malaysia.

Pada masa sama, TikTok juga komited menyokong segala usaha Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED