Translate

11 November 2024

Ribut petir, hujan lebat diramal melanda beberapa negeri hingga tengah hari



Ribut petir, hujan lebat diramal melanda beberapa negeri hingga tengah hari

Bernama

11/11/2024


Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa negeri hingga 12 tengah hari ini. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa negeri hingga 12 tengah hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menerusi amaran yang dikeluarkan pada 8.40 pagi, Met Malaysia memaklumkan kawasan terlibat ialah seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya manakala Selangor membabitkan Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Keadaan sama turut diramal melanda Perak (Kerian), Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau), Pulau Pinang (Seberang Perai Selatan) dan Terengganu (Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu).

Di Sarawak, kawasan yang mungkin terjejas ialah Kuching dan Samarahan (Samarahan dan Asajaya).


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED