Translate
16 November 2024
Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan
Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan
Bernama
15/11/2024
Azam berkata peguam itu datang ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada 30 Okt lepas untuk memberi maklumat berhubung isu rasuah terbabit. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Peguam individu terlibat dengan penyebaran video yang didakwa berkaitan isu rasuah melibatkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pernah mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan perlindungan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata peguam itu datang ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada 30 Okt lepas untuk memberi maklumat berhubung isu rasuah terbabit serta ingin meminta perlindungan dan imuniti di bawah Akta Pemberi Maklumat 2010, supaya anak guamnya tidak disiasat dan dituduh di mahkamah .
"Pihak SPRM telah menyatakan kepada mereka bahawa perkara itu tidak boleh diberikan kepada mana-mana individu, bukan kerana kes ini...imuniti itu tidak boleh diberikan sehingga kes dikemukakan kepada pendakwa raya untuk membuat keputusan.
"Kes rasuah ini yang paling senang adalah perbuatan memberi dan menerima, kedua-duanya merupakan kesalahan. Tapi kita tengok jugalah darjah penglibatan mereka yang dikatakan memberi," katanya ketika menjadi tetamu undangan dalam program Ruang Bicara yang diterbitkan secara langsung oleh Bernama TV malam ini.
Menurut beliau, ketika pertemuan itu, pihaknya hanya diberikan satu audio yang kurang jelas berdurasi 17 saat dan kemudian peguam itu telah pergi ke sebuah portal berita serta memberi peluang untuk melihat video-video berkenaan.
"Ini satu helah (trick) yang tidak berpatutan. Kenapa kami yang berada di pihak penguatkuasaan kamu tidak percaya. Masa berjumpa dengan pegawai SPRM mereka katakan Akta Pemberi Maklumat 2010 tidak kuat dan tak memadai untuk anak guam mereka.
"Akta Pemberi Maklumat 2010 ini diberikan kepada mereka yang tidak melakukan kelakuan tidak wajar (improper conduct), maknanya tidak terlibat dalam salah laku tersebut. Lebih penting, individu itu perlu menzahirkan maklumat yang mahu diberikan kepada SPRM, barulah kami boleh buat keputusan," katanya.
Azam berkata SPRM secara formal tidak mengetahui siapa individu yang terlibat dalam skandal video itu.
"Untuk berkata supaya SPRM mulakan siasatan, apa yang hendak disiasat? Kononnya tular di media sosial bahawa (video) itu berlaku di Sabah dan sebagainya...saya sendiri tidak tahu adakah itu yang dimaksudkan dan SPRM tidak boleh membuat sebarang telahan tidak berasas.
"Sehingga kini, individu berkenaan sudah tidak datang kepada kami untuk beri maklumat. Apabila tiada laporan kepada kami, secara profesionalnya tiada aduan dibuat. Saya juga sudah gesa individu terbabit untuk datang ke SPRM kerana dia yang mulakan perkara ini," katanya.
Beliau berkata apa-apa tindakan yang akan diambil oleh SPRM berkaitan skandal video itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat dan pihaknya sedang melihat apakah merit video terbabit sama ada untuk dijalankan siasatan atau tidak.
Sebuah portal berita baru-baru ini melaporkan mengenai beberapa rakaman video memaparkan ADUN didakwa menerima ratusan ribu ringgit bagi menyokong permohonan syarikat untuk projek di sebuah negeri.
Perbincangan dalam video itu melibatkan ahli perniagaan, namun wajahnya tidak kelihatan yang meminta ahli politik termasuk mereka yang memegang jawatan kanan, memulangkan wang itu kerana lesen untuk projek itu telah dibatalkan.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
Revealing photos of Aussie teens end up on porn site More than 2,000 images of women, including students, have been circulated on the site ...
-
[VIDEO] 'Mungkin hentam divider', penunggang motor hilang kepala kemalangan di Highway Senai Majoriti Jumaat, 27 Dis 2024 Tangkap l...
-
Keadaan pesawat ringan milik Jazirah Aviation Club yang terhempas ke dalam laut di luar pantai Ras Al Khaimah. - Foto X/@imurpartha Dua ma...
-
Penumpang Azerbaijan Airlines pakai topeng oksigen sebelum terhempas Astro Awani 26/12/2024 Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan ...
Popular Posts - Last 30 days
-
Revealing photos of Aussie teens end up on porn site More than 2,000 images of women, including students, have been circulated on the site ...
-
Kemunculan bank digital baharu melonjakkan sektor perbankan global pada 2024 Bernama 08/12/2024 Kemunculan Boost Bank iaitu bank digital tem...
-
At least 100,000 bodies in Syrian mass grave, US advocacy group head says Reuters 17/12/2024 Abo Khaled, a farmer walks by the site of a ma...
-
Ammar Alfian dakwa sudah ragut dara Puteri Sarah Liyana PORUMAN 1:19 PTG Hiburan Tiada Komen Ammar Alfian dakwa sudah rag...
-
NSRC successfully blocked RM19 million from being transferred in online fraud cases - PM Bernama 03/12/2024 PM Datuk Seri Anwar Ibrahim say...
Blog Archive
-
▼
2024
(5853)
-
▼
Nov 2024
(825)
- Vietnam lulus projek kereta api berkelajuan tinggi...
- Pengerusi, CEO Kumpulan Sapura Energy letak jawatan
- Dua beradik maut, seorang cedera insiden tanah run...
- Kabinet setuju hukuman khidmat masyarakat kesalaha...
- 122,631 Mangsa Banjir Seluruh Negara
- Lelaki Curi Jam Rolex Telah Diberkas
- Op Khas Motosikal: 34 Penunggang Positif Dadah, 22...
- Flood: KPKM activates disaster operation room, to ...
- Banjir: Lebih 100,000 berlindung di PPS, Kelantan ...
- Banjir Kelantan: Sembilan balai polis terjejas - A...
- Lebih 400 kucing jalanan mungkin mati, pusat jagaa...
- Bekas jurujual didakwa pecah amanah barang kemas l...
- Fitnah: Dr Maza saman GISB, tuntut ganti rugi RM10...
- Paus Orca guna teknik buruan baharu bunuh jerung p...
- Paus Orca guna teknik buruan baharu bunuh jerung p...
- Polis tahan lelaki terlibat kemalangan kereta yang...
- Isu papan tanda: Penguatkuasaan dilaksana untuk pa...
- Flood: Youth ties drums to bed to keep ailing fath...
- Floods: No evacuation of victims in Sepang distric...
- Unreasonable for Syed Saddiq to claim ignorance ov...
- Big tech says Australia "rushed" social media ban ...
- Flood situation continues to worsen, victims excee...
- Calon SPM terjejas banjir boleh duduki mana-mana p...
- Leave for all Cabinet ministers frozen - PM Anwar
- Polis terima laporan kejadian kucing dibunuh denga...
- Lebih 60 perniagaan, usahawan Bumiputera terima pe...
- 11 penumpang bas ditinggal pemandu semasa Ops Bers...
- Ibu bapa Zayn Rayyan kemuka representasi
- Member of prominent Rothschild family found dead a...
- Manchester United 3-2 Bodø/Glimt | Europa League 2...
- Tottenham Hotspur 2-2 Roma | Europa League 24/25 M...
- PERDA giat persiap usahawan kuasai teknologi digit...
- Gaza dibom, 26 rakyat Palestin terbunuh
- Australia lulus undang-undang larang kanak-kanak g...
- Putin denies deliberately scaring Merkel with his ...
- Cabbie, two passengers met fiery end as NGV taxi c...
- US, China swap detained citizens after years of di...
- Tycoon Ananda Krishnan’s companies see slight dip ...
- 266 telco towers still not operational, exceeding ...
- Eight individuals detained on suspicion of being f...
- What you need to know about Adani US bribery indic...
- Ananda Krishnan leaves behind indelible mark in co...
- 266 menara belum beroperasi, lebihi tempoh sembila...
- KKM kaji sistem DRG kebangsaan tangani kenaikan ko...
- Mahkamah batal permohonan Siti Bainun tangguh huku...
- Kes bunuh pelajar vokasional: Mungkin lebih daripa...
- PM Anwar tangguh program, utamakan kebajikan rakya...
- Mahkamah Rayuan benarkan permohonan Na'imah dapat ...
- Banjir bertambah buruk di Kelantan, mangsa meningk...
- SPRM sudah lengkapkan siasatan babit Vivy, suami -...
- Suspek Dikehendaki Maut Berbalas Tembakan Di Serem...
- Rayuan Najib Ditangguh Lagi Kerana Hakim Tarik Diri
- Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
- Bekas peserta program realiti komedi ditahan kes r...
- Bomba selamatkan empat terperangkap di matau balak
- Prabowo's coalition dominate Indonesian regional e...
- Usaha Tegas Chairman Ananda Krishnan passes away
- Pemandu Grab Rugi RM500,000
- Man suspected of threatening to kill Trump arrested
- Tiga Mangsa Rentung, Kereta Terbakar Rempuh Tembok...
- 5 Premis Makanan Di Klang Kotor
- KPDN kesan peniaga sorok bekalan minyak masak peket
- Penganggur dituduh rogol gadis bawah umur anak yat...
- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
- 91.6 peratus kandungan Facebook diturunkan berkait...
- Fahmi akan bertemu pengurusan tiga portal berita b...
- KRU artis Malaysia pertama menggunakan AI Generati...
- Lapan orang termasuk pesara kerajaan aktif ajaran ...
- Permohonan Program Matrikulasi sesi 2025/2026 dibu...
- Gautam Adani faces charges for securities law viol...
- Guru MIliki Ganja
- Wang KWSP Setengah Juta Ringgit "Lesap"
- Saya tengok PM 'bersilat' nak lepas perangkap send...
- Liverpool 2-0 Real Madrid | Champions League 24/25...
- 37,189 mangsa banjir melibatkan 11,385 keluarga se...
- Immigration Dept arrests 119 illegals in raid on P...
- Tikam isteri dan anak, penghantar makanan dipenjar...
- Jabatan Imigresen kenal pasti kewujudan koloni pen...
- Astro raih RM75,000 ganti rugi berkanun pertama un...
- Pengganas paling dikehendaki FBI diberkas di UK
- Nicol David terima sijil daripada Harvard Business...
- SSPA: KKM adakan pertemuan dengan kesatuan jururaw...
- Beras sekampit 5kg berharga RM15 mula dijual bulan...
- Sekatan terhadap Rusia: Syarikat tempatan dinasiha...
- Bunuh pelajar kolej vokasional: Hakim beri amaran ...
- Perhilitan tangkap harimau serang haiwan ternakan
- Lima Pegawai Kadet Dibuang, Diarah Bayar Ganti Rugi
- Trump nominated businessman John Phelan for the po...
- Pakistani forces launch midnight raid on ex-PM Imr...
- Trump team signs transition agreement with Biden W...
- Najib, Mohd Irwan granted DNAA for six CBT charges...
- Warga emas maut kereta dihanyut arus
- Najib, Mohd Irwan lepas tanpa bebas pertuduhan pec...
- Israeli politician dragged out of Israel Parliamen...
- Enam Suspek Samun Empat Kilogram Emas Diburu
- Lebih RM2 bilion bajet MINDEF diseleweng- Che’GuBard
- LELAKI SOUND USAHAWAN KOSMETIK DATO SERI VIDA BELA...
- Why is Wee Ka Siong doing the opposition's job? - ...
- Health Minister breaks down in Parliament
- Diancam boikot beri makan anjing, pemilik restoran...
-
▼
Nov 2024
(825)