Translate

16 November 2024

Premis tentukan daftar masuk dan keluar hotel, pilihan di tangan pengguna - Saarani



Premis tentukan daftar masuk dan keluar hotel, pilihan di tangan pengguna - Saarani

Bernama

16/11/2024


Urusan daftar masuk dan keluar hotel serta rumah tumpangan di Perak ditentukan oleh pemilik premis, bukan kerajaan negeri. -Gambar hiasan/Unsplash


GERIK: Urusan daftar masuk dan keluar hotel serta rumah tumpangan di Perak ditentukan oleh premis itu sendiri dan kerajaan negeri tidak menetapkan sebarang dasar atau polisi berkaitan isu berkenaan.

Urusan daftar masuk dan keluar hotel serta rumah tumpangan di Perak ditentukan oleh pemilik premis, bukan kerajaan negeri.

Pemilik perlu menanggung sebarang implikasi daripada ketetapan yang dibuat.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, menegaskan bahawa pengunjung boleh memilih premis yang menawarkan waktu daftar masuk dan keluar yang dirasakan lebih berbaloi.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata bagaimanapun sebarang implikasi berhubung ketetapan yang dibuat perlu ditanggung sepenuhnya oleh pemilik premis.

"Mengikut kebiasaan daftar masuk ialah 2 petang dan keluar 12 tengah hari. Jadi sekarang ada yang pemilik buat masuk 4 petang dan keluar 11 pagi.

"Kita nak beritahu ketetapan ini dibuat pemilik sendiri dan pengunjung akan buat pilihan sendiri mana yang dirasakan lebih berbaloi. Jadi, keuntungan atau kerugian itu berbalik kepada pemilik premis itu sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Sesi Libat Urus Bersama Pengendali Industri Pelancongan di Daerah Lenggong di Resort Tasik Raban di sini semalam.

Pada 23 Okt lepas, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing menjelaskan perkara berkaitan rumah tumpangan dan pemalaman, termasuk kawal selia tatacara operasi premis berkenaan berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Tiong memaklumkan pihaknya juga akan berbincang dengan kerajaan negeri, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta pihak berkuasa tempatan (PBT) berhubung kewajaran memasukkan peruntukan mengenai pemberian lesen dan kawal selia tatacara operasi hotel ke dalam Akta 482.

Dalam perkembangan lain, Saarani berkata kerajaan negeri menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kartunis terkenal Datuk Lat yang menerima Anugerah Seniman Negara kesembilan pada Majlis Anugerah Seri Negara (ASN) 2024 semalam.

Beliau berkata anugerah berkenaan bukan hanya membanggakan negeri Perak malah membuktikan ketokohan yang dimiliki Lat atau nama sebenarnya Mohd Nor Khalid.

Semalam, Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofia berkenan menyampaikan anugerah berkenaan kepada anak jati kelahiran Gopeng itu yang turut membawa pulang wang tunai berjumlah RM60,000, watikah, trofi dan sepersalinan pakaian kebangsaan.


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED