Translate

29 November 2024

Polis terima laporan kejadian kucing dibunuh dengan kejam



Polis terima laporan kejadian kucing dibunuh dengan kejam

Bernama

29/11/2024


Setakat ini dua keterangan telah dirakam dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan membunuh haiwan.


KUALA LUMPUR: Polis telah menerima laporan mengenai penemuan tiga ekor kucing yang mati dengan keadaan kepalanya berlumuran darah di kediaman pelajar sebuah universiti swasta di Setapak, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail berkata kejadian dipercayai berlaku pada 17 Nov lepas di tangga kawasan kediaman itu, apabila pelajar yang menemukan kucing itu melaporkannya kepada pengawal keselamatan.

"Setakat ini dua keterangan telah dirakam dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan membunuh haiwan. Kes masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 17 Nov lepas, tular satu video di media sosial menunjukkan tiga ekor kucing berlumuran darah di bahagian kepala dipercayai telah dibunuh dengan kejam.



-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Fire breaks out at Tampines industrial building | ' 32 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Kementerian Pengangkutan arah 2 syarikat e-hailing' 43 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'PM Anwar ucap tahniah kepada penganut Katolik atas' 1 hr 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 2 hrs 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar ucap tahniah kepada penganut Katolik atas' 2 hrs 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rupanya Mat Motor Tiga Orang Tu PoIis | BEST FBKL' 2 hrs 55 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'India’s ‘SkyStrikers’ Shake Pakistan; ‘Secret Dron' 3 hrs 35 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'PM ketika itu buat keputusan sembunyi-sembunyi men' 3 hrs 38 mins ago