Translate

11 November 2024

PM Anwar tiba di Riyadh bagi Sidang Kemuncak Arab-Islam



PM Anwar tiba di Riyadh bagi Sidang Kemuncak Arab-Islam

Astro Awani

11/11/2024


Perdana Menteri Anwar disambut oleh Mohammed bin Abdulrahman bin Abdulaziz sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh bagi menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab dan Islam hari ini. - Gambar X Wisma Putra

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Riyadh, Arab Saudi, bagi menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab dan Islam hari ini.


Menurut satu kenyataan Wisma Putra yang dikongsi di X pada Isnin, ketibaan Perdana Menteri disambut Timbalan Gabenor Wilayah Riyadh, Putera Mahkota Mohammed bin Abdulrahman bin Abdulaziz, serta Datuk Bandar Wilayah Riyadh, Dr. Faisal bin Abdulaziz bin Ayyaf,

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh, Perdana Menteri menerima penghormatan kawalan kehormat sebagai sambutan rasmi kedatangannya.

Anwar akan mewakili Malaysia dalam Sidang Kemuncak Bersama Tergempar Negara-Negara Arab dan Islam di Riyadh, Arab Saudi.

Perdana Menteri dijangkan membawa usul menghentikan kekejaman Israel terhadap Palestin dan menyampaikan suara serta harapan negara di pentas antarabangsa dalam sidang kemuncak ini yang juga akan membincangkan isu-isu kritikal melibatkan negara-negara Islam.

Tags: Anwar Ibrahim, Riyadh, Sidang Kemuncak Arab-Islam

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED