Translate

11 November 2024

Bangladesh mohon bantuan Singapura dapatkan semula wang dipindahkan secara haram



Bangladesh mohon bantuan Singapura dapatkan semula wang dipindahkan secara haram

Bernama

11/11/2024


Bangladesh menggesa Singapura membantu untuk mendapatkan semula berbilion dolar wang yang diubah secara haram dari negara itu. - Unsplash


DHAKA: Ketua Penasihat Kerajaan Sementara Bangladesh, Dr Muhammad Yunus pada Ahad menggesa Singapura membantu untuk mendapatkan semula berbilion dolar wang yang diubah secara haram dari Bangladesh dan meminimumkan kos penghijrahan dari negara itu, menurut United News of Bangladesh (UNB).

"Sejumlah besar wang telah dipindahkan keluar dari Bangladesh ke banyak negara, termasuk Singapura," lapor UNB yang memetik kenyataan Prof Yunus kepada Duta Besar Singapura ke Bangladesh, Derek Loh, ketika mereka berbincang selama kira-kira satu jam.

Ketua Penasihat itu semasa pertemuan di pejabatnya di Tejgaon, berkata: "Kami memerlukan kerjasama penuh Singapura."

Duta Besar Loh dalam reaksinya berjanji untuk bekerjasama dengan Dhaka, menurut unit media Ketua Penasihat itu.

Dr Yunus juga menggesa negara pulau itu untuk bekerjasama dengan Dhaka dalam matlamatnya untuk mengurangkan kos pengambilan pekerja dari Bangladesh dengan ketara.

Beliau berkata, kerajaan sementara mahu menurunkan kos penghijrahan dengan tujuan membantu pekerja luar negara dari negara ini menghantar lebih banyak wang kepada keluarga mereka

"Kami boleh mewujudkan struktur model dengan Singapura untuk mengurangkan kos pengambilan," kata Prof Yunus. - BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED