Translate
01 November 2024
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dahului senarai penerima darjah, pingat kebesaran Perak
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dahului senarai penerima darjah, pingat kebesaran Perak
Astro Awani
01/11/2024
Mohd Zahidi bercakap kepada media sempena Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Negeri Perak 2024 di Laman Seri Ridzuan, Ipoh, semalam. Turut sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim (kanan). --fotoBERNAMA
IPOH: Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mendahului senarai 213 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, hari ini.
Syed Danial, 80 tahun, dianugerahkan darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Dato’ Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Turut menerima anugerah sama, Ketua Audit Negara Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dan Pengerusi Eksekutif Yee Lee Corporation Datuk Lim Kok Cheong @ Lim A Heng.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi Datuk Nor Azmie Diron merupakan penerima tunggal Darjah Dato’ Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) yang membawa gelaran Datuk.
Senarai nama penerima diumumkan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin pada satu sidang media semalam.
Menurutnya, lapan orang dianugerahkan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk.
Mereka ialah Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff; bekas Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Kumpulan Petronas Abdul Rahim Mydin, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak Harith Fadzilah Abdul Halim, Ketua Perkhidmatan Otorinolaringologi Hospital Raja Permaisuri Bainun Dr D Philip Rajan.
Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia Salasiah Abdul Wahab, Pengerusi Lembaga Penasihat Jabatan Perdana Menteri Yong Zarida Sazali, Duta Besar Malaysia ke The Hague Belanda Roseli Abdul dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Anuar Zainal Abidin.
Katanya, enam orang dianugerahkan Darjah Dato’ Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang membawa gelaran Dato’ Pahlawan yang diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Lima penerima lain ialah Pengarah Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail; Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontijen Perak, SAC Ng Kong Soon; Ketua Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Markas Angkatan Tentera, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Pertahanan, Mejar Jeneral Cs M Thevendran.
Serta, Pakar Obstetrik & Ginekologi, Bahagian Perkhidmatan Kesihatan, Markas Angkatan Tentera, Brig. Jen Dr Sharifah Sofiah Syed Zainol Abidin dan Panglima Wilayah Laut 1, Markas Wilayah Laut 1, Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Laksamana Muda Farizal Myeor.
Mohd Zahidi berkata, seramai 13 orang dianugerahkan Darjah Paduka Cura Si Manja Kini di samping Darjah Paduka Mahkota Perak (28); Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (14); Darjah Ahli Mahkota Perak (39); Pingat Pekerti Terpilih (61); Pingat Jasa Kebaktian (30) dan Pingat Lama Perkhidmatan (10).
“Darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Perak pada tahun ini dikurniakan kepada mereka yang benar-benar layak, banyak berjasa kepada negeri Perak Darul Ridzuan dan mengharumkan nama negeri, serta memenuhi kriteria yang ditetapkan sahaja,” ujarnya.
Menurutnya, istiadat penganugerahan akan diadakan dua sesi iaitu pada 9 dan 17 November di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Selain Abdul Rahim, yang juga penulis kolum akhbar The New Straits Times (NST), beberapa orang wartawan dan ahli sukan turut menerima anugerah darjah kebesaran dan pingat.
Mereka ialah Pengarang Kumpulan NST Farrah Naz Abd Karim yang dianugerahkan Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP) serta Penerbit Rancangan Jabatan Penyiaran Negeri Perak, Nor Ain Abu Bakar dan wartawan Astro AWANI di Perak, Abd Razak Mohd Ali yang dianugerahkan Pingat Jaksa Kebaktian (PJK).
Penerima PJK dalam kalangan atlet Perak ialah Meor Mohamad Zulfikar Mat Amin (sepak takraw), Aleena Ahmad Nawawi (lawn bowls), Izzat Shameer Dzulkeple (lawn bowls), Nur Amisha Azril Rizal (muay thai) dan jurulatih hoki Mohd Nizam Mohd Hashim.
Mohd Zahidi berkata, atlet-atlet ini telah mendapat pingat dalam kejohanan yang diadakan, sekaligus mengharumkan nama negeri Perak.
Menurutnya, sambutan pada tahun ini akan dimulakan dengan penganjuran Majlis Bacaan Surah Yasin dan Doa Selamat di Masjid Sultan Azlan Shah di sini pada 1 Nov waktu solat Jumaat.
Majlis yang sama akan turut diadakan di semua masjid daerah di seluruh Perak, diketuai Orang Besar Jajahan dan Pegawai Daerah mengikut daerah masing-masing, katanya.
Selain itu, Sultan Perak turut berkenan membiayai hidangan makanan kepada 7,800 banduan dan tahanan yang sedang menjalani hukuman di Penjara Tapah, Penjara Taiping, Pusat Koreksional Kamunting, Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah dan Rumah Perantaraan penjara negeri Perak (Kinta dan Taiping), yang akan diagihkan Jumaat ini.
Rakyat Perak juga diseru untuk bersama-sama meraikan dan menyemarakkan sambutan dengan mengibarkan bendera negeri di bangunan-bangunan pejabat, perniagaan dan kediaman masing-masing.
Popular Posts - Last 7 days
-
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku Astro Awani 26/11/2024 Deanesh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ya...
-
Woman hit by car at pedestrian crossing while chasing young boy dashing across road image: http://www.thestar.com.my/~/medi...
-
DHL cargo plane crashes in residential area 25/11/2024 Initial reports indicated that there were four people on board the ill-fated plane ...
-
Malaysia to become leading hub for green investments, drive sustainable growth Astro Awani 20/11/2024 Minister of Housing and Local Governme...
-
Malaysian man to be publicly caned at mosque for Islamic crime of close proximity Reuters 21/11/2024 A sharia court judge in the northeaster...
Popular Posts - Last 30 days
-
CNN CBS AP BBC US PRESIDENTIAL ELECTIONS LIVE RESULTS: https://edition.cnn.com/election/2024/results/president?elec...
-
Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi BNM Bernama 04/11/2024 Hari ini, BNM akan menawarkan dua tender repo berbalik m...
-
Ringgit advances as domestic optimism offsets US rate concerns Bernama 18/11/2024 Bank Muamalat Malaysia Bhd chief economist Dr Mohd Afzani...
-
Sugar overload: A growing threat to kidney function Bernama 16/11/2024 Approximately 3.8 mln Malaysians suffer from chronic kidney disease, ...
-
Lyia Meta, the first Malaysian singer nominated in the Grammy Awards Astro Awani 11/11/2024 Lyia Meta continues to strengthen her position...
-
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku Astro Awani 26/11/2024 Deanesh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ya...
-
TikTok gives assurance to cooperate with MCMC, BNM to address cyberbullying, scams Bernama 14/11/2024 PM Datuk Seri Anwar Ibrahim meeting w...
-
The King of Spain was mocked, pelted with mud and eggs by flood victims Agency 04/11/2024 07:15 MYT King Felipe VI (with an umbrella) is pr...
Blog Archive
-
▼
2024
(4476)
-
▼
Nov 2024
(707)
- Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea...
- Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan ...
- Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket...
- Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelabura...
- Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman ...
- Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2....
- Polis selamatkan remaja perempuan diculik sekumpul...
- Kes curi RM200,000: Pengawal keselamatan dihukum p...
- Enam lelaki bertopeng samun tiga klogram emas
- APM Tangkap Ular Sawa Dalam Siling Rumah
- Transport Ministry to study proposal for senior ci...
- Govt won't allow non-citizen vehicles to enjoy RON...
- Judge tosses Trump 2020 election case after prosec...
- Abolition of examination in schools to reduce pres...
- Man charged with mother's murder, storing body in ...
- Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal...
- RM228.2 Juta Nilai Dadah Dirampas Telah Dilupus Se...
- Veteran Umno mahu Anwar pecat Tiong, dakwa dia ant...
- Mekanik didakwa memandu mabuk sebabkan kematian su...
- 'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
- Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti ...
- Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di W...
- Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
- MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengeru...
- Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend ...
- Mangsa banjir meningkat di lima negeri
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa ...
- Transport Ministry to study proposal for senior ci...
- Polis kutip lebih RM9 juta saman trafik tertunggak...
- Semua kementerian, agensi pelancongan diseru kukuh...
- 174 individu ditahan disyaki terlibat aktiviti pel...
- Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hamp...
- Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih ...
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik ber...
- Penumpang warga asing kecoh di KLIA, meninggal dunia
- Pensyarah didakwa hina Nabi sudah direkod keterang...
- Kes IPIC: Pihak pendakwaan tiada kawalan proses tu...
- Govt does not use private company funds for offici...
- 12 probe papers opened on GISB, 7 brought to court...
- Johor negeri terbaharu fatwakan GISB sesat, menyel...
- Yoav Gallanat akan ke AS, bertemu kepimpinan terti...
- Tumbuk bahu di DUN: Adun GRS maafkan Adun Warisan ...
- Bank Dunia lantik Judith Green sebagai Pengurus Ne...
- Amaran ribut petir di 9 negeri, Putrajaya dan Labuan
- Lelaki Dera Kucing Ditahan
- Dewan Rakyat kecoh, Mas Ermieyati kata kenyataan m...
- Bakal pengantin maut kemalangan bersama ibu, ayah
- KERETA TERBAKAR | Lelaki Terselamat, Cedera Di Muk...
- Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
- 4 kereta mewah dan barang rumah Dato Seri Vida ken...
- Bekalan makanan dibenar masuk hanya penuhi 6 perat...
- Guru agama dituduh rogol, amang seksual pelajar OKU
- Russian plane catches fire after landing in Turkiye
- KDN hormati keputusan mahkamah kembalikan 172 jam ...
- Tiga pengawal keselamatan dihadap ke mahkamah kes ...
- Jabatan Imigresen perkenal pas khas digital eSP mu...
- DHL cargo plane crashes in residential area
- Jenazah Tan Sri Ahmad Nawab selamat dikebumikan
- Max Verstappen wraps up fourth straight driver's c...
- Bursa Malaysia boosted by RM250.6 mil investments ...
- Court orders return of 172 'Pride Collection' watc...
- Submission of RPGT form must be made via e-CKHT on...
- Carrier ahoy! Abe Lincoln comes a-calling
- awie sebak tengok keadaan ebby yus
- Pertemuan wanita terpendek, tertinggi di dunia
- Ada usaha tarik BN keluar Kerajaan Perpaduan - Zahid
- Airlines in Asean to have stopover rights in all m...
- Govt saved RM900,000 by using chartered jet for PM...
- Southampton 2-3 Liverpool | 2024/25 Premier League...
- Tiong slams DBKL’s enforcement against Chinese-lan...
- EPL: Seri dengan Ipswich Town, Amorim berang Man U...
- Duta Malaysia dirai naik tuk-tuk sempena berakhirn...
- Team Malaysia Junior and Senior Teams shine at ICU...
- PM tiba di Seoul untuk lawatan rasmi tiga hari ke ...
- 'UMDAP' tak wujud, hanya BN-PH - Ahmad Zahid
- Lelaki ditahan rompak wanita bersenjatakan gunting...
- SKANDAL VISA PERUBATAN | Mungkin Ada Lagi Pegawai ...
- Perluas Inisiatif Bantu Artis Veteran Dengan Rakan...
- Lawatan rasmi: PM Anwar adakan lawatan ke Korea Se...
- SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN YDP AGONG SUL...
- AL-FATIHAH | Seniman Negara Ahmad Nawab Meninggal ...
- Feisal Eusoff Patail dipecat oleh Sultan Brunei
- MOM ucap tahniah kepada Norza atas pelantikan seba...
- Ratusan mat rempit buat 'senaman malam' tolak moto...
- Penerbangan MH79 dilencongkan ke Ho Chin Minh City...
- Polis buru lelaki curi jam tangan Rolex di Subang ...
- Polis Buru Tiga Lelaki Umpil Kereta
- Jurulatih dari Jepun, Katsuhito Kinoshi dilantik k...
- Penunggang motosikal terbunuh dilanggar lori yang ...
- DETIK2 PEMANCING MALAYSIA SELAMATKAN 4 NELAYAN IND...
- Manchester City 0 - 4 Tottenham Hotspur | 2024/25 ...
- 2TM: Lebih 200,000 pengunjung direkodkan dalam dua...
- KPT serah kepada polis siasat dakwaan pensyarah hi...
- TPM Fadillah jalan kaki bersama hampir 3,000 peserta
- Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Br...
- Lee Hsien Loong lepaskan jawatan Setiausaha Agung ...
- Trump plans to fire attorney investigating Capitol...
- Trump pilih Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbe...
- Polis terima laporan kes kucing diseret
- Siasatan Kes Simbah Asid Faisal Halim Tidak Pernah...
-
▼
Nov 2024
(707)