Malaysia kini huni tangga ke-128 dunia, pintas Indonesia
Astro Arena
17/11/2024
Malaysia menaiki lima anak tangga dan menduduki tempat ke-128 dunia selepas memperoleh +2.97 daripada kemenangan ke atas Laos. - Foto Astro ARENA
MALAYSIA memintas Indonesia dalam ranking FIFA selepas menewaskan Laos, manakala Indonesia tewas kepada Jepun.
Berdasarkan rekod kedudukan yang terbaru pada 16 Nov 2024, Malaysia menaiki lima anak tangga (128) selepas memperoleh +2.97 daripada kemenangan ke atas Laos, manakala Indonesia, kekal di tangga ke-129, meraih -2.93 berikutan kekalahan kepada Jepun.
Kedudukan ranking dan mata masih lagi boleh berubah bergantung kepada keputusan perlawanan seterusnya.
Malaysia bakal berkunjung ke Hyderabad untuk bertemu India, manakala Indonesia akan menerusi perlawanan keenam berdepan Arab Saudi dalam aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia