Translate

02 November 2024

Kerjasama PH-BN wajar diteruskan pada pilihan raya akan datang - PM Anwar



Kerjasama PH-BN wajar diteruskan pada pilihan raya akan datang - PM Anwar

Bernama

02/11/2024


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) ketika sesi Temu Anwar pada Majlis Perasmian Karnival Generasi Ada Idea (Gen-AI) di Gravitas hari ini. - Foto BERNAMA


BUKIT MERTAJAM: Kerjasama di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) wajar diteruskan pada pilihanraya akan datang berikutan kestabilan politik yang dinikmati negara ketika ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringkasan AI

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) wajar diteruskan pada pilihanraya akan datang untuk mengekalkan kestabilan politik negara.

Malaysia dianggap sebagai antara negara paling stabil di rantau ini sejak dua tahun lepas, yang memudahkan penerimaan permohonan Malaysia untuk menyertai BRICS.

Kestabilan politik membolehkan Malaysia memiliki dasar yang jelas dalam pelbagai bidang seperti pelan digital, semikonduktor, dan transisi tenaga, disokong oleh pentadbiran efisien.

Beliau berkata dalam situasi sekarang, sukar untuk mana-mana parti politik menguasai majoriti yang selesa dan Malaysia sejak dua tahun lepas dianggap sebagai antara negara paling stabil di rantau ini.

"Ini yang menyebabkan apabila kita mohon untuk menyertai BRICS, dalam kalangan 30 negara yang memohon, Malaysia merupakan antara yang paling mudah diterima oleh negara-negara asal BRICS," katanya.

Anwar berkata kestabilan itu juga menyebabkan Malaysia berupaya memiliki dasar yang jelas dari segi pelan digital, semikonduktor, transisi tenaga dan sebagainya.

Beliau berkata dasar berkenaan pula disokong oleh pentadbiran efisien dengan pelantikan Ketua Setiausaha Negara baharu, yang mahukan perubahan dalam kalangan penjawat awam.

"Kalau ini dipersetujui dan kita muafakat dalam Jemaah Menteri, saya fikir wajar untuk kita cari jalan teruskan kerjasama PH dan BN," katanya dalam program Temu Anwar Generasi Ada Idea (Gen-AI) di tapak Parkir Gravitas Jalan Baru Prai, Pulau Pinang.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid serta Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED