Translate

27 November 2024

Jabatan Imigresen kenal pasti kewujudan koloni pendatang asing di kawasan flat



Jabatan Imigresen kenal pasti kewujudan koloni pendatang asing di kawasan flat

Bernama

27/11/2024


Jabatan Imigresen menahan 119 pendatang asing dalam operasi bersepadu di Apartmen Pandan Mewah, Ampang Jaya, semalam. - Gambar/ Bernama



KUALA LANGAT: Jabatan Imigresen Malaysia telah mengenal pasti beberapa perumahan khususnya di kawasan flat yang perlu pemantauan kerap dalam usaha membanteras kewujudan koloni pendatang asing.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata kawasan-kawasan berkenaan telah pun disenaraikan dan jadual penguatkuasaan akan disusun bagi memastikan operasi yang efisien dapat dijalankan.

"Kita sentiasa bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara, kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan polis bagi membasmi kewujudan koloni-koloni pendatang asing di kawasan-kawasan tertentu.

"Dalam masa sama, kita sedar kita tak dapat nak selesaikan semua, tetapi kita lakukan tindakan berterusan, kita akan terus jalankan sama ada dalam skala kecil atau sederhana," katanya ketika ditemui selepas merasmikan pembukaan Pejabat Imigresen Kuala Langat di sini.

Semalam Jabatan Imigresen menahan 119 pendatang asing dalam operasi bersepadu bersama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah, Ampang Jaya.

Sementara itu merujuk kepada pembukaan Pejabat Imigresen Kuala Langat hari ini, Jafri berkata ia dijangka dapat mengurangkan kesesakan di pejabat Imigresen seperti Kelana Jaya, Shah Alam dan Petaling Jaya, di samping memberi kemudahan kepada pengusaha ladang dan masyarakat di sekitar daerah Kuala Langat.


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Nizhniy novgorod viewed 'MALAYSIA, Alexis SueAnn - Contestant Introduction ' 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pengundi Cina Semakin Hilang Minat Terhadap PH, DA' 2 hrs 22 mins ago
A visitor from Gatchina viewed 'HURU-HARA DI SHELL LUNDANG DIPERCAYAI AKIBAT MAIN ' 4 hrs 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Aksi Wanita ‘Rembat’ Bungkusan Dirakam CCTV | BEST' 4 hrs 47 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Indonesia gagalkan cubaan seludup migran ke Malays' 5 hrs 42 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 53 mins ago
A visitor from Muscat viewed 'PERONDA LEBUHRAYA KONGSI DETIK IBU GAJAH CUBA SELA' 6 hrs 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PDRM bekerjasama Interpol atur rakam percakapan an' 6 hrs 37 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Khidmat Nurul Izzah sebagai 'panglima perang' PKR ' 6 hrs 49 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'JKDM Selangor patahkan empat cubaan seludup termas' 7 hrs 15 mins ago