Translate

15 November 2024

Hujan lebat landa Kuala Lumpur, DBKL pantau situasi semasa



Hujan lebat landa Kuala Lumpur, DBKL pantau situasi semasa

Astro Awani

15/11/2024


Pemantauan keadaan semasa paras air sungai sedang dilakukan DBKL. Orang ramai diminta untuk mengambil langkah berhati-hati. - Sumber foto DBKL


KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang memantau situasi semasa di beberapa kawasan yang dilaporkan dinaiki air susulan hujan lebat di ibu negara, pada petang Jumaat.

Menerusi Facebook rasmi DBKL, antara kawasan terlibat termasuk Jalan Pudu dan Jalan Sultan (Petaling Street).

‘’Paras air di sungai-sungai utama sehingga jam 2.45 petang masih di paras normal dan terkawal.

‘’Para pengguna jalanraya dinasihatkan berhati-hati dan berwaspada selalu,’’ katanya.

Terdahulu, Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan memaklumkan, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di hampir semua negeri hingga pukul 5 petang sebentar tadi.

MetMalaysia turut memaklumkan selain seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya, kawasan terlibat di Selangor terdiri daripada sekitar Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Di Kedah,, ia melibatkan Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala Pulau Pinang membabitkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Turut terlibat ialah Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Kelantan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai), Terengganu (Besut dan Kemaman).

Keadaan sama dijangka melanda Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Kuantan, Pekan dan Rompin), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau) dan di Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Kuching, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis, Miri dan Marudi).

Sementara itu, di Sabah melibatkan pedalaman (Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Sandakan).

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED