Translate

30 November 2024

Fitnah: Dr Maza saman GISB, tuntut ganti rugi RM10 juta



Fitnah: Dr Maza saman GISB, tuntut ganti rugi RM10 juta

Bernama

29/11/2024


Mohd Asri mendakwa GISB telah menerbitkan pernyataan fitnah terhadap beliau melalui satu hantaran yang dibuat di akaun Facebook rasminya.



KUALA LUMPUR: Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memfailkan saman RM10 juta terhadap GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) atas dakwaan memfitnahnya dalam satu sidang media pada Ogos lepas.

Ringkasan AI

Saman Fitnah RM10 Juta: Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, memfailkan saman RM10 juta terhadap GISB Holdings Sdn Bhd atas dakwaan memfitnahnya dalam sidang media dan di media sosial.

Tuntutan Permohonan Maaf: Mohd Asri menuntut GISB untuk memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 14 hari dan menerbitkan permohonan maaf tersebut di pelbagai media.

Pemadaman Pernyataan Fitnah: Mohd Asri juga memohon agar GISB memadam semua pernyataan fitnah dari laman sesawang dan media sosial mereka.

Dalam pernyataan tuntutan yang diperoleh media hari ini, Mohd Asri mendakwa defendan pertama (GISB) telah menerbitkan pernyataan fitnah terhadap beliau melalui satu hantaran yang dibuat di akaun Facebook rasmi defendan pertama atas nama "GISB Holdings Sdn Bhd" beserta sebuah poster untuk tontonan umum.

Plaintif mendakwa sidang media yang diadakan pada 29 Ogos lepas antara lain membawa maksud bahawa plaintif telah memfitnah GISB dan menyebarkan pernyataan palsu selain menimbulkan persepsi buruk mengenai syarikat berkenaan.

Selain itu Mohd Asri juga mendakwa defendan pertama telah memfitnahnya dengan menghantar satu notis tuntutan bertarikh 24 Ogos lepas, menuntut beliau mengemukakan permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari bagi membersihkan nama GISB.

Plaintif mendakwa notis tuntutan itu antaranya membawa maksud beliau telah menuduh defendan pertama tanpa usul periksa dan membuat dakwaan palsu terhadap GISB.




Beliau berkata hantaran-hantaran fitnah itu telah mengaibkan, menjatuhkan maruah dan imej beliau sebagai seorang mufti, ahli akademik serta pendakwah di Malaysia, dan beliau memohon defendan membayar ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan sebanyak RM10 juta, ganti rugi am, kos, faedah di samping ganti rugi lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Mohd Asri juga memohon supaya defendan membuat draf permohonan maaf kepadanya dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman dan menerbitkan draf terbabit antaranya dalam akhbar Utusan Malaysia, Sinar Harian, Berita Harian, News Straits Times dan Facebook defendan secara bertulis selama 30 hari.

Beliau turut memohon defendan memadam pernyataan-pernyataan fitnah itu daripada semua laman sesawang dan media sosial termasuk Facebook, Twitter, Blogspot, TikTok dan Instagram di bawah kawalan defendan.

Pada 10 Okt lepas, Mohd Asri menyaman seorang pemilik akaun Facebook atas dakwaan menerbitkan beberapa pernyataan fitnah yang mengaitkannya dengan GISB.


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Los angeles viewed 'Remaja perempuan terjatuh dari jeti ditemukan lema' 12 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Pencalonan tamat, Anwar tidak dicab' 24 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Pencalonan tamat, Anwar tidak dicab' 29 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Pencalonan tamat, Anwar tidak dicab' 30 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'PDRM tugaskan 6,200 pegawai dan anggota kawal kese' 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Shah Alam turning into a ghost city? | BEST FBKL' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'JIM Selangor gempur flat PKNS, 23 PATI' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Port saint lucie viewed 'Rebel Saudi women appear in public without hijab, ' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjay' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Kerani rugi RM685,000 ditipu sindiket pelaburan da' 2 hrs 53 mins ago