Translate

30 November 2024

Calon SPM terjejas banjir boleh duduki mana-mana pusat peperiksaan - Fadhlina



Calon SPM terjejas banjir boleh duduki mana-mana pusat peperiksaan - Fadhlina

Bernama

29/11/2024


Fadhlina bertanyakan khabar kepada mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Demit hari ini. - Gambar Bernama


KOTA BHARU: Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sekolah mereka terjejas akibat banjir boleh menduduki mana-mana pusat peperiksaan yang ditetapkan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata peperiksaan tetap berjalan seperti biasa termasuk di negeri terjejas bencana itu bagi mengelakkan keciciran dalam kalangan calon SPM.

"Kementerian saya telah mempersiapkan pusat-pusat peperiksaan SPM supaya mereka mempunyai keupayaan menerima calon luar dari daerah mereka dalam situasi kecemasan akibat bencana banjir.

"Kalau sesebuah sekolah itu terjejas, mereka boleh mengambil peperiksaan di mana-mana pusat peperiksaan yang lain," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan Demit di sini hari ini.

Fadhlina berkata Kementerian Pendidikan bersedia daripada pelbagai aspek dan telah mengambil langkah drastik memastikan semua calon menduduki peperiksaan SPM sekiranya sekolah mereka terjejas.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Shah Alam turning into a ghost city? | BEST FBKL' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'JIM Selangor gempur flat PKNS, 23 PATI' 38 mins ago
A visitor from Port saint lucie viewed 'Rebel Saudi women appear in public without hijab, ' 45 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjay' 58 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Kerani rugi RM685,000 ditipu sindiket pelaburan da' 2 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lantikan semula Azam Baki pastikan kesinambungan a' 2 hrs 44 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 8 hrs 46 mins ago
A visitor from Denver viewed 'KKM Investigating Controversial Hulu Langat MP if ' 8 hrs 52 mins ago
A visitor from Bengaluru viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 8 hrs 54 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 9 hrs 32 mins ago