Translate

18 November 2024

Bung Moktar, isteri diperintah bela diri tiga tuduhan rasuah



Bung Moktar, isteri diperintah bela diri tiga tuduhan rasuah

Bernama

18/11/2024


Bung Mokhtar dan Zizie tiba di Istana Kehakiman, Putrajaya, bagi mendengar keputusan rayuan pendakwaan terhadap kes rasuah yang dihadapi mereka. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Noorin Badaruddin memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan pasangan suami isteri berkenaan yang diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 7 Sept 2023.

Pada 18 Sept 2023, pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid pada 7 Sept 2023 yang membebaskan pasangan itu daripada pertuduhan berkenaan.




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED