Translate

28 November 2024

Bomba selamatkan empat terperangkap di matau balak



Bomba selamatkan empat terperangkap di matau balak

Bernama

28/11/2024


Bomba berjaya menyelamatkan empat lelaki yang terperangkap di kawasan balak yang dinaiki air akibat hujan lebat.


KUANTAN: Bomba berjaya menyelamatkan empat lelaki yang terperangkap di kawasan balak di Seri Makmur, Maran selepas lokasi berkenaan dinaiki air akibat hujan lebat semalam.

Bomba berjaya menyelamatkan empat lelaki yang terperangkap di kawasan balak yang dinaiki air akibat hujan lebat.

Operasi melibatkan lapan anggota bomba yang menggunakan bot fiber untuk menyelamatkan mangsa dari arus deras.

Kesemua mangsa berjaya dibawa keluar dari kawasan bahaya dalam operasi yang mengambil masa hampir dua jam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian yang melibatkan pekerja menanam pokok balak berusia lingkungan 32 hingga 48 tahun itu pada pukul 11.52 malam.

Beliau berkata lapan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Maran bergegas ke lokasi kejadian sejurus selepas menerima panggilan, dan mendapati arus deras di kawasan berkenaan menyukarkan pekerja berkenaan untuk keluar daripada kawasan itu.

"Bomba menggunakan bot fiber untuk menyelamatkan mereka, kerana kawasan itu telah dinaiki air lebih satu meter," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata kesemua mereka kemudiannya berjaya dibawa keluar dari kawasan bahaya dalam operasi hampir dua jam.


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from St petersburg viewed 'MALAYSIA, Alexis SueAnn - Contestant Introduction ' 2 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 13 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Remaja perempuan terjatuh dari jeti ditemukan lema' 1 hr 1 min ago
A visitor from Ashburn viewed 'Pencalonan tamat, Anwar tidak dicab' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Pencalonan tamat, Anwar tidak dicab' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Pencalonan tamat, Anwar tidak dicab' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'PDRM tugaskan 6,200 pegawai dan anggota kawal kese' 1 hr 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Shah Alam turning into a ghost city? | BEST FBKL' 1 hr 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'JIM Selangor gempur flat PKNS, 23 PATI' 2 hrs 17 mins ago
A visitor from Port saint lucie viewed 'Rebel Saudi women appear in public without hijab, ' 2 hrs 24 mins ago