Translate

30 November 2024

Bekas jurujual didakwa pecah amanah barang kemas lebih RM200,000



Bekas jurujual didakwa pecah amanah barang kemas lebih RM200,000

Bernama

29/11/2024


A. Mitra Tarannia, 21, didakwa melakukan pecah amanah ke atas barang kemas bernilai RM230,264 milik sebuah kedai emas di Jalan Masjid India. - Gambar hiasan



KUALA LUMPUR: Seorang bekas jurujual kedai emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah barang kemas bernilai lebih RM200,000.

A. Mitra Tarannia, 21, didakwa melakukan pecah amanah ke atas barang kemas bernilai RM230,264 milik sebuah kedai emas di Jalan Masjid India di sini antara Februari dan Julai lepas.

Wanita itu dituduh mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 14 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya M. Saravanan mencadangkan jaminan RM60,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali sehingga kes selesai dan tidak mengganggu saksi.

Peguam Gursharon Kaur, yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya kini bekerja sebagai pekerja stor sebuah kedai serbaneka dan mempunyai tanggungan keluarga.

Hakim Azrul Darus membenarkan tertuduh diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan menetapkan 8 Jan depan bagi sebutan kes.


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'Atas sambutan memberangsangkan, konsert GenKRU bak' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Warga emas didakwa bunuh rakan | BEST FBKL' 1 hr 36 mins ago
A visitor from New york viewed 'Malaysian Woman Kaur Gurcharan Singh Manpal, 44, w' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 2 hrs 32 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Kes Culik Pamela Ling Kereta Penculik Guna Nombor ' 3 hrs 13 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Dua Wanita ‘Scammer’ Diburu Polis | BEST FBKL' 3 hrs 21 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 3 hrs 23 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 3 hrs 31 mins ago
A visitor from Des moines viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 3 hrs 34 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 3 hrs 36 mins ago