Translate

12 November 2024

Aktor Korea, Song Jae Rim meninggal dunia



Aktor Korea, Song Jae Rim meninggal dunia

Agensi

12/11/2024


Punca kematian Jae Rim masih disiasat, namun polis memaklumkan tidak menemui sebarang unsur jenayah setakat ini.


PELAKON Korea Selatan, Song Jae Rim, meninggal dunia pada usia 39 tahun.

Media melaporkan Jae Rim ditemui mati di apartmennya di Seoul pada Selasa, dan laporan itu disahkan menerusi kenyataan dari Balai Polis Seongdong.




Menurut laporan beberapa media Korea Selatan, sepucuk surat dua halaman memperincikan wasiat turut ditemui di apartment tersebut.

Punca kematian masih disiasat, namun polis memaklumkan tidak menemui sebarang unsur jenayah setakat ini.

Jae Rim membuat debut dalam bidang lakonan menerusi filem Actresses pada 2009 dan mula mendapat perhatian ramai menerusi drama The Moon Embracing the Sun pada 2012.

Dia kemudiannya muncul dalam beberapa drama termasuk Flower Boy Ramen Shop, Inspiring Generation, Two Weeks, Goodbye Mr. Black, Bad Girls, dan Queen Woo.

Jae Rim juga aktif sebagai pelakon teater, dengan penampilan terakhirnya ialah dalam pementasan The Rose of Versailles, yang baru saja berakhir pada 13 Oktober lalu.




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED